?>

Fokus kata-kata pendakwah haruslah pesanan ilahi

Fokus kata-kata pendakwah haruslah pesanan ilahi

“Kesyahidan Imam Hussein (a.s) dan pergerakannya dari Mekah ke Karbala harus disebut dalam perhimpunan Husainiyah dan kesan gerakan ini harus diperjelaskan, ini disebabkan pergerakan Imam itu adalah gerakan rasional, Islam dan iman. Ini dia tugas Ilahi yang dipikul di bahu Imam itu untuk mencapai tujuan-tujuan suci.” - Ayatollah Ja'far Sobhani

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah Ja’far Sobhani, Marja’ Taqlid Syiah, berkata dalam sebuah pesanan kepada Ijtima’ ulama dan mubaligh ke-19 Jerman, Belanda dan Belgium, yang bermula hari ini di Pusat Islam Hamburg, "Kita sudah menghampiri bulan Muharram, bulan di mana mubaligh agama mempunyai tugas; Saya perlu menyebut dua perkara dalam hal ini.”

“Kesyahidan Imam Hussein (a.s) dan pergerakannya dari Mekah ke Karbala harus disebut dalam perhimpunan Husainiyah dan kesan gerakan ini harus diperjelaskan, ini disebabkan pergerakan Imam itu adalah gerakan rasional, Islam dan iman. Ini dia tugas Ilahi yang dipikul di bahu Imam itu untuk mencapai tujuan-tujuan suci,” tambah beliau.

Marja’ Taqlid Syiah ini menyatakan, “Tugas para mubaligh agama pada bulan ini dan pada bulan-bulan lain dijelaskan dalam ayat 39 surah Al-Ahzab:

الَّذِینَ یُبَلِّغُونَ رِسالاتِ اللَّهِ وَ یَخْشَوْنَهُ وَ لا یَخْشَوْنَ أَحَداً إِلَّا اللَّهَ وَ کَفی‌ بِاللَّهِ حَسِیباً

“Ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung”

Mahaguru di hawzah ilmiah Qom ini memetik ayat tersebut sambit menyatakan, “Pertama, fokus kata-kata pendakwah haruslah pesanan ilahi, iaitu "firman Allah", "Telah berkata al-Sadiq" hendaklah bergantung pada mesej ketuhanan, bukan pesan orang lain, para pendakwah harus menghafal ayat-ayat suci Al-Quran dan menghafal hadis-hadis Nabi (s.a.w) serta Ahlul Bait (a.s) sehingga mereka dapat bersandar pada ayat-ayat dan hadis. Perkara itu harus diambil tindakan, tetapi fokus penyampaian haruslah firman Tuhan Yang Maha Esa, Nabi dan Ahl al-Bayt (a.s).

Ayatollah Sobhani menjelaskan, “Perkara kedua ialah mereka "وَ یَخْشَوْنَهُ", ketaqwaan adalah bukan ketakutan, ketakutan sebenarnya menguasai organ luar manusia, memucatkan, menggementarkan tangannya, ini adalah ketakutan, tetapi ketaqwaan adalah hati dan aspek batin seorang pendakwah agama harus taqwa kepada Tuhan Yang Maha Esa dari lubuk hatinya sehingga dia tidak mengatakan sesuatu yang tidak mengandungi keredhaan Tuhan Yang Maha Kuasa dan memnuhi kepuasan makhluk.”

Jelas beliau lagi, “Dalam menyatakan ciri selanjutnya daripada para pendakwah ilmu agama, mereka hendaklah bertegas bahawa kata-kata seorang pendakwah perlu berilmu agama, mempunyai ukuran "وَ لا یَخْشَوْنَ أَحَداً إِلَّا اللَّهَ" Tiada ketakutan selain daripada Allah, jika kita tidak menimbulkan ketaqwaan kepada Allah dalam hati orang lain, maka tidak ada lagi yang tersisa bagi Islam, kita tidak boleh ambil kira puak penentang, tetapi kita harus mengambil kira pada Tuhan.”

Menjelaskan ciri lain para mubaligh ilmu ugama, beliau berkata, “Kata-kata mubaligh harus mengandungi perhitungan, ilmu agama, sementara perhitungan ada kira-kira hisabnya yang tidak tersembunyi antara langit dan bumi, “وَ کَفی‌ بِاللَّهِ حَسِیباً” Oleh itu, pergilah ke mimbar dengan tugas-tugas ini dan berikanlah ucapan akan berkesan, insya Allah.”


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*