?>
Ali Khamenei

Hapus sekatan jika mahu Iran kembali kepada Perjanjian Nuklear

Khamenei meletakkan syarat penarikan seluruh sekatan jika ingin Iran kembali kepada perjanjian nuklear

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran meletakkan syarat agar Amerika Syarikat menghapuskan semua sekatan jika mahu negara itu mematuhi komitmen di bawah perjanjian nuklearnya dengan kuasa besar dunia.

Kenyataan adalah yang pertama daripada Ayatollah Ali Khamenei sejak Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memegang tampuk presiden.

"Sekiranya mereka mahu Iran kembali ke komitmen Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), maka Amerika Syarikat mesti menghapuskan sekatan sepenuhnya.

“Bukan hanya dengan kata-kata atau di atas kertas, mereka tidak boleh mengatakan kami telah menghapuskan sekatan itu, tidak. Mereka harus benar-benar menghapuskan sekatan itu dan kemudian kita harus mengesahkannya.

“Sekiranya kita merasakan sekatan tersebut benar-benar telah dihapuskan, maka kita akan kembali kepada komitmen kita di bawah JCPOA. Ini adalah ketetapan muktamad republik Islam,” tegasnya.

Tambah Khamenei, Amerika Syarikat dan Eropah tidak menetapkan prasyarat untuk JCPOA kerana mereka tidak melaksanakan komitmen mereka.

Beliau turut mengulangi kenyataan pemimpin Iran sebelum itu bahawa sekatan mesti ditarik balik sebelum Iran kembali patuh kepadanya.

Bekas Presiden AS, Donald Trump secara unilateral mengumumkan penarikan diri daripada Perjanjian Nuklear 2018.

Komitmen Iran sebelum ini adalah untuk mengehadkan pengayaan uraniumnya sebagai pertukaran penghapusan sekatan ekonomi.

Biden sebelum ini memberi amaran kepada Iran untuk menghentikan semua aktiviti nuklear jika mahu Amerika Syarikat kembali menyertai perjanjian itu.

Tehran mendakwa program nuklearnya hanya untuk tujuan damai.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini