?>

Hasrat AS Perpanjang Sekatan Ke Atas Iran Hadapi Tentangan Di Majlis Keselamatan

Hasrat AS Perpanjang Sekatan Ke Atas Iran Hadapi Tentangan Di Majlis Keselamatan

Amerika Syarikat menerima kritikan tajam daripada beberapa kuasa dunia termasuk sekutu tradisinya sendiri di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung usaha Washington yang mahu sekatan penjualan senjata kepada Iran diperpanjangkan.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Amerika Syarikat menerima kritikan tajam daripada beberapa kuasa dunia termasuk sekutu tradisinya sendiri di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung usaha Washington yang mahu sekatan penjualan senjata kepada Iran diperpanjangkan.

Sekatan berkaitan dijangka tamat pada bulan Oktober akan datang di bawah perjanjian nuklear Iran yang turut disahkan oleh Majlis Keselamatan pada dua tahun lalu. AS adalah salah sebuah negara yang turut memeterai perjanjian tersebut sebelum menarik diri daripada kesepakatan antarabangsa itu secara unilateral.

Bercakap di sidang video anjuran Majlis Keselamatan pada hari Selasa, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menggesa pertubuhan yang dianggotai oleh 15 negara PBB itu untuk tidak menamatkan sekatan penjualan senjata kepada Iran pada bulan Oktober kelak.

Washington sebelum ini telah mengedarkan sebuah draf resolusi yang banyak mengundang kritikan dalam rangka untuk mengkristalisasikan matlamatnya.

Dalam usaha untuk mewajarkan tindakan tersebut, Pompeo mendakwa bahawa sebarang kegagalan di pihak PBB untuk memperbaharui sekatan tersebut akan membuka pintu bagi Iran untuk mendapatkan perkakasan ketenteraan yang maju dari Rusia dan China yang pada gilirannya berpotensi mengancam keselamatan Eropah dan juga benua Asia Selatan.

Rayuan Pompeo itu walaubagaimanapun tidak didengari oleh ahli Majlis Keselamatan lain yang mengingatkan beliau dan AS bahawa Washington sudah meninggalkan Perjanjian nuklear Iran dan mengikut acuan kerja PBB, mereka tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan resolusi 2231 dalam mencapai matlamat mereka.

AS sebelum ini menarik diri daripada pelan tindakan komprehensif bersama (JCPOA) pada Mei 2018. Tindakan tersebut jelas mencabuli resolusi 2231 dan perkara itu menjadi lebih parah apabila Washington bertindak memperkenalkan semula sekatan ke atas Tehran yang telah dimansuhkan di dalam JCPOA. -Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*