A.S Dipulau Sekutu Tradisi: Presiden Rouhani

A.S Dipulau Sekutu Tradisi: Presiden Rouhani

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata, Amerika Syarikat (AS) telah dipulaukan sekutu tradisinya dalam pertikaian dengan Iran malah Eropah kini memihak kepada Teheran berhubung isu pelaksanaan semula sekatan terhadap negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata, Amerika Syarikat (AS) telah dipulaukan sekutu tradisinya dalam pertikaian dengan Iran malah Eropah kini memihak kepada Teheran berhubung isu pelaksanaan semula sekatan terhadap negara itu.

Kata Hassan, amat jarang berlaku apabila AS membuat keputusan tetapi sekutu tradisinya mengetepikannya.

"Setahun lalu, tiada siapa yang akan percaya bahawa Eropah akan berdiri bersama-sama Iran menentang AS," katanya semasa pembukaan sesi Parlimen yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.

Menurut beliau, Rusia, China, India dan Kesatuan Eropah (EU) malah beberapa negara Afrika dan Amerika Latin kini menjadi rakan Iran.

"Kita harus bekerjasama dengan mereka untuk menarik pelaburan," katanya. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky