A.S Punca Ketidakstabilan Rantau Timur Tengah: Ayatullah Khamenei

A.S Punca Ketidakstabilan Rantau Timur Tengah: Ayatullah Khamenei

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa Amerika Syarikat bertanggungjawab ke atas ketidakstablian yang wujud di rantau Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa Amerika Syarikat bertanggungjawab ke atas ketidakstablian yang wujud di rantau Timur Tengah.

Pemimpin itu membuat kenyataan tersebut pada hari Isnin ketika berucap di dalam pertemuan beliau dengan para pegawai kerajaan di negara Republik Islam Iran.

Ketika merujuk kepada peranan Amerika Syarikat di dalam pembentukan kumpulan pengganas Takfiri Daesh serta penyaluran bantuan kepada mereka, Ayatullah Khamenei berkata bahawa " dakwaan berhubung penubuhan pakatan anti-Daesh adalah sebuah penipuan semata-mata."

Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa Amerika Syarikat hanya bertindak ke atas sesetengah elemen di dalam kumpulan itu yang berada di luar kawalan mereka sahaja serta sentiasa berusaha untuk menentang sesiapa sahaja yang benar-benar memerangi pengganas Takfiri itu.

Pemimpin itu turut berkata bahawa dakwaan terkini Trump bahawa Iran adalah negara yang menyokong keganasan adalah sebuah gagasan yang tidak munasabah.

"Tindakan Amerika Syarikat berdiri bersama Arab Saudi yang primitif untuk berbincang berhubung hak asasi manusia sedangkan kawasan itu tidak mempunyai sebarang gagasan berkenaan (konsep) demokrasi dan dalam masa yang sama menuduh Iran yang merupakan sebuah lambang demokrasi adalah sesuatu yang benar-benar mengarut," tekan beliau.

Ayatullah Khamenei turut menyentuh perihal tindakan Amerika Syarikat yang semakin banyak bertikam lidah dengan Iran dan mengusulkan beberapa sekatan baharu tehadap negara Republik Islam itu selepas pilihan raya 2017.

Pada bulan lepas, Majlis Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat mengundi untuk membenarkan sebuah rang undang-undang yang akan membenarkan Trump memperkenalkan sekatan baharu ke atas Tehran berikutan program pembangunan peluru berpandu negara itu. Tehran berulang-kali mengatakan bahawa program itu bersifat defensif semata-mata.

"Ketika berhadapan dengan permusuhan yang sedemikian, sebuah persekitaran kerjasama yang baharu serta kerja keras berterusan perlu diwujudkan dalam rangka mencapai objektif bersama kita iaitu kemajuan negara dan juga penyebaran (gagasan) Republik Islam," kata pemimpin itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini