Arab Saudi Suspek Utama Serangan Di Tehran

Arab Saudi Suspek Utama Serangan Di Tehran

Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa Arab Saudi adalah suspek utama di belakang serangan berkembar pengganas di Tehran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa Arab Saudi adalah suspek utama di belakang serangan berkembar pengganas di Tehran.

Di dalam sebuah komen yang ditulis di dalam sebuah laman sosial, Hossein Amir-Abdollahian, penasihat khusus kepada speaker Parlimen Iran berhubung urusan antarabangsa berkata bahawa bekas ketua perisikan Arab Saudi yang juga merupakan duta negara itu ke Amerika Syarikat Bandar bin Sultan telah mengarahkan serangan pengganas pada November 2013 ke atas Kedutaan Iran di Lubnan.

"Kini Riyadh adalah suspek utama di dalam serangan di Tehran," kata Amir-Abdollahian.

Lebih daripada 12 orang termasuk wakil kebudayaan Iran ke Beirut terbunuh di dalam insiden itu. Sekurang-kurangnya 150 orang turut mengalami kecederaan di dalam serangan yang melibatkan dua buah letupan di premis kedutaan tersebut.

Susulan daripada insiden itu, Briged Abdullah Azzam mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. Ketua kumpulan itu, Majid al-Majid ditahan pada awal Januari 2014 dan mati beberapa hari kemudian akibat daripada daripada keadaan kesihatannya yang buruk. Majid al-Majid adalah pengganas berprofil tinggi yang turut dikehendaki oleh Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lain.

Pada hari Rabu lepas, para pengganas menyerang bangunan Parlimen Iran serta makam Imam Khomeini di Tehran sekaligus membunuh 17 orang dan mencederakan beberapa yang lain. Daesh setakat ini mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh menerima pakai ajaran Wahhabi terkenal dengan pandangan yang ekstrem dan ganas. Ajaran ini merupakan sebuah pandangan masyhur di Arab Saudi.

Riyadh sebelum ini memutuskan hubungan dengan Tehran dan serangan di ibu negara Iran itu berlaku selepas beberapa pegawai Arab Saudi melontarkan komen permusuhan ke atas Republik Islam Iran.

Mohammed bin Salman sendiri pada bulan lepas berkata bahawa Arab Saudi akan berusaha untuk membawa peperangan ke Iran. Menteri kerajaan bermonarki mutlak itu, Adel al-Jubeir pada 6 Jun lepas turut berkata bahawa Iran perlu "dihukum" di atas apa yang digelarnya sebagai "campur tangan Tehran di rantau itu." -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini