Budaya Menghapuskan Rejim Zionis Akan Kekal: Ayatullah Nouri Hamedani

Budaya Menghapuskan Rejim Zionis Akan Kekal: Ayatullah Nouri Hamedani

Seorang ulama terkemuka Iran, Ayatullah Hussein Nouri Hamedani memanggil warga Iran dan kesemua penduduk dunia yang cintakan kebebasan supaya turun ke jalan raya untuk menyertai Hari Quds sedunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang ulama terkemuka Iran, Ayatullah Hussein Nouri Hamedani memanggil warga Iran dan kesemua penduduk dunia yang cintakan kebebasan supaya turun ke jalan raya untuk menyertai Hari Quds sedunia.

Menurut beliau, isu Palestin dan al-Quds adalah masalah utama dunia Islam yang perlu ditangani bersama-sama. Ayatullah Hamedani berkata bahawa pendapat ini turut dipegang oleh Ayatullah Khomeini yang merupakan pengasas Republik Islam Iran itu sendiri.

Ayatullah Hamedani juga percaya bahawa rantau Timur Tengah tidak akan mencapai kestabilan dan keamanan selagi 'sel barah' tersebut masih wujud di kawasan itu.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, beliau berkata bahawa setiap peristiwa yang berlaku di seluruh dunia telah direncanakan oleh Amerika Syarikat, rejim Israel dan sekutu mereka. Menurut beliau, kesemua perencanaan itu dilakar dan dilaksanakan oleh mereka untuk memastikan rejim Israel sentiasa berada di dalam keadaan aman.

Berasaskan analisis tersebut, beliau mengatakan bahawa setiap warga Iran dan penduduk dunia yang cintakan kebebasan perlu turun ke jalan raya pada hari al-Quds untuk menyatakan perlawanan mereka.

Menurut Ayatullah Hamedani, perlawanan dan kebudayaan ini -kebudayaan menghapuskan rejim Zionis- akan terus kekal dan dengan taufik daripada Allah 'sel barah tersebut' akan musnah pada masa hadapan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini