Iran Eksport 1,100 Tan Makanan Sehari Ke Qatar

Iran Eksport 1,100 Tan Makanan Sehari Ke Qatar

Republik Islam Iran berkata bahawa mereka kini mengeksport lebih daripada 1,100 tan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dari pelabuhan selatannya ke Qatar setiap hari.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Republik Islam Iran berkata bahawa mereka kini mengeksport lebih daripada 1,100 tan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dari pelabuhan selatannya ke Qatar setiap hari.

Pengumuman itu dibuat oleh Mohammad Mehdi Bonchari yang merupakan pengarah kepada pelabuhan-pelabuhan negara itu yang terletak di wilayah Bushehr.

Bonchari juga berkata bahawa penghantaran itu dibuat dari pelabuhan Dayyer, Bolkheir dan Genaveh.

Iran segera membuka koridor makanan dengan Qatar setelah negara Arab itu berhadapan dengan sekatan yang dikenakan oleh negara-negara jirannya.

Syarikat penerbangan kebangsaan Iran, Iran Air pada 11 Jun lepas turut mengumumkan bahawa mereka telah menerbangkan beberapa pesawat berisi bahan makanan ke Qatar selama beberapa hari. Setiap pesawat secara purata membawa 100 tan bahan tersebut.

Menurut laporan, penerbangan itu berasal dari Tehran dan Shiraz.

Menurut kenyataan para pegawai yang lain, buah-buahan dan sayur-sayuran itu telah dihantar ke Qatar dari wilayah Alborz dan Fars.

Menurut laporan lain, Iran juga sedang berusaha untuk membekalkan produk tenusu ke Qatar. Para pegawai mengatakan bahawa Iran mampu untuk membekalkan sebanyak 45 tan produk tenusu ke Qatar.

Iran mula membekalkan makanan kepada Qatar selepas Doha mendapati dirinya berada di dalam sekatan yang dikenakan oleh Arab Saudi dan sekutunya.

Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan hubungan mereka sebelum ini dengan menuduh Doha menyokong keganasan serta menggugah kestabilan rantau itu.

Mereka turut mengenakan sekatan pengangkutan darat, air dan laut ke atas Qatar serta mengusir para diplomat mereka. Warga awam Qatar juga telah diarahkan untuk meninggalkan negara-negara tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini