'Iran Mampu Bekalkan Makanan Kepada 10 Buah Negara Seperti Qatar'

'Iran Mampu Bekalkan Makanan Kepada 10 Buah Negara Seperti Qatar'

Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa negara itu bersedia untuk memberikan penyelesaian kepada masalah bekalan makanan Qatar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa negara itu bersedia untuk memberikan penyelesaian kepada masalah bekalan makanan Qatar.

Abban Maroufan, timbalan pengarah bagi bahagian perdagangan domestik di Syarikat Perdagangan Kerajaan Iran, dipetik oleh media sebagai berkata bahawa negara itu mampu membekalkan keperluan makanan bagi 10 buah negara seperti Qatar.

Maroufan juga berkata Iran tidak mempunyai sebarang masalah di dalam menjadi penyelesaian kepada keperluan makanan Qatar sambil menegaskan bahawa Republik Islam itu akan berbuat demikian sebaik sahaja mendapat permintaan daripada Doha.

Iran mula membekalkan makanan kepada Qatar selepas Qatar mendapati dirinya berada di dalam sekatan yang dikenakan oleh Arab Saudi dan sekutunya.

Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan hubungan mereka sebelum ini dengan menuduh Doha menyokong keganasan serta menggugah kestabilan rantau itu.

Mereka turut mengenakan sekatan pengangkutan darat, air dan laut ke atas Qatar serta mengusir para diplomat mereka. Warga awam Qatar juga telah diarahkan untuk meninggalkan negara-negara tersebut.

Para pegawai Tehran sepanjang minggu lepas berkata bahawa sekurang-kurangnya 5 buah pesawat berisi bahan makanan seberat 100 tan telahpun dihantar ke Qatar.

Iran pada hari Rabu turut berkata bahawa mereka telahpun menghantar sebuah kapal yang dimuatkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran seberat 180 tan ke negara Arab itu.

Menurut media Iran, penghantaran itu dibuat pada hari Selasa dari pelabuhan Bandar Lengeh yang terletak di wilayah Hormozgan.

Para pegawai Iran turut berkata bahawa tempoh perjalanan maksimum bagi sebuah kapal dari pelabuhan yang terletak di wilayah selatan Iran itu ke Qatar adalah 12 jam.

Menurut laporan lain, Iran juga sedang berusaha untuk membekalkan produk tenusu ke Qatar. Para pegawai mengatakan bahawa Iran mampu untuk membekalkan sebanyak 45 tan produk tenusu ke Qatar. ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini