Iran Tahan Hampir 50 Orang Pengganas Takfiri

Iran Tahan Hampir 50 Orang Pengganas Takfiri

Iran berkata bahawa mereka telah menahan hampir 50 orang anggota kumpulan pengganas Takfiri Daesh di seluruh negara itu selepas dunia dikejutkan dengan serangan berkembar pengganas di wilayah Tehran.

Agensi Berita Ahlul Bait - Iran berkata bahawa mereka telah menahan hampir 50 orang anggota kumpulan pengganas Takfiri Daesh di seluruh negara itu selepas dunia dikejutkan dengan serangan berkembar pengganas di wilayah Tehran.

Selepas beberapa siri operasi yang dilancarkan dengan kerjasama sebahagian daripada ahli keluarga pengganas sendiri, 41 elemen kumpulan pengganas Daesh yang berideologikan fahaman Wahhabisme dikenalpasti dan ditahan. Menurut laporan Kementerian Perisikan Iran, mereka ditahan sebelum dapat melancarkan sebarang kegiatan keganasan.

Menurut laporan yang sama, para pengganas itu ditahan di wilayah Kermanshah, Kurdistan, Azerbaijan Barat dan Tehran.

Beberapa dokumen dan perlatan yang berkaitan dengan operasi keganasan turut dirampas di dalam operasi besar-besaran tersebut.

Juga pada hari Jumaat, Kementerian itu berkata bahawa pasukan keselamatan Iran dengan kerjasama Pasukan Pengawal Revolusi (IRGC) dan pihak polis berjaya mengenal pasti dan menahan beberapa elemen kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan serangan yang menyasarkan bangunan parlimen dan Makam Imam Khomeini di Tehran.

Di dalam operasi tersebut, sejumlah senjata yang banyak, bahan letupan, bom, perkakasan komunikasi dan dokumen palsu turut ditemui.

Kenyataan itu turut mendedahkan bahawa pihak berkuasa di negara itu mengenal pasti beberapa rumah yang digunakan oleh para pengganas di negara itu, -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini