Jutaan Warga Iran Turun Ke Jalan Raya Sempena Hari Quds Sedunia

Jutaan Warga Iran Turun Ke Jalan Raya Sempena Hari Quds Sedunia

Jutaan manusia telah turun ke jalan raya di seluruh Iran dan juga di beberapa negara dunia yang lain untuk menunjukkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin dan dalam masa yang sama mengutuk penjajahan dan kekejaman rejim Israel selama beberapa dekad ke atas mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jutaan manusia telah turun ke jalan raya di seluruh Iran dan juga di beberapa negara dunia yang lain untuk menunjukkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin dan dalam masa yang sama mengutuk penjajahan dan kekejaman rejim Israel selama beberapa dekad ke atas mereka.

Perhimpunan tersebut diadakan bersempenaan Hari Quds, yang dianjurkan setiap tahun pada hari Jumaat terakhir bulan bulan suci Ramadhan.

Di Tehran dan bandar-bandar lain Iran, warga tempatan dari semua lapisan masyarakat berkumpul untuk acara tahunan yang biasanya disertakan dengan laungan slogan-slogan anti-Israel dan upacara membakar bendera rejim Zionis yang menjajah bumi Palestin.

Acara tahunan itu adalah salah sebuah warisan peninggalan pengasas Republik Islam Iran, Almarhum Imam Khomeini, yang kini disambut oleh umat Islam di beberapa negara lain untuk menyokong perjuangan Palestin menentang rejim Israel.

Presiden Iran, Hassan Rouhani bersama beberapa pegawai kanan negara itu turut mengambil bahagian di dalam sebuah perhimpunan yang dianjurkan di Tehran.

Bercakap di luar acara itu, Rouhani berkata "Mesej Hari Quds adalah kebencian terhadap rejim penjajah serta perampas dan dalam masa yang sama menyatakan sokongan untuk negara yang tertindas." 

Menurut beliau, sokongan rejim Israel ke atas pengganas turut menjadikan Hari Quds pada tahun ini sangat penting sambil berkata bahawa orang ramai telah bertekad untuk membersihkan wilayah yang dilanda konflik daripada cengkaman para pengganas yang disokong oleh rejim Tel Aviv.

Rouhani berkata bahawa kehadiran beramai-ramai warga Iran di dalam demonstrasi itu turut bertindak sebagai respon kepada Amerika Syarikat yang baru-baru ini cuba untuk meningkatkan tekanan ke atas Iran dengan mengetatkan sekatannya ke atas Tehran.

Perhimpunan di Tehran turut menyaksikan angkatan tentera negara itu mempamerkan tiga jenis peluru berpandu balistik permukaan-ke-permukaan termasuk Zolfaghar. Peluru berpandu Zolfaghar adalah jenis yang digunakan oleh Iran sebelum ini untuk memusnahkan kedudukan Daesh di timur Syria.

Pada hari Rabu lepas, Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei turut menekankan perihal pentingnya Hari Quds sedunia di dalam ucapannya.

"Kita bukan sekadar mempertahankan sebuah bangsa yang ditindas dan telah diusir keluar dari rumah mereka. Kita sebenarnya sedang menentang sebuah sistem politik yang menindas dan sombong, "kata Ayatollah Khamenei. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky