Makam Imam Khomeini Dan Bangunan Parlimen Iran Diserang

Makam Imam Khomeini Dan Bangunan Parlimen Iran Diserang

Bangunan Parlimen Republik Islam Iran dan juga makam pengasas republik itu yang terletak di Tehran dilaporkan telah diserang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bangunan Parlimen Republik Islam Iran dan juga makam pengasas republik itu yang terletak di Tehran dilaporkan telah diserang.

Sekurang-kurangnya empat lelaki bersenjata dikatakan telah menceroboh kawasan perkarangan Parlimen Iran (Majlis) dan melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan yang bertugas di sana.

Menurut agensi berita Tasnim, sekurang-kurangya lapan orang telah mengalami kecederaan berikutan insiden tembakan pada hari Rabu itu.

Seorang pengawal keselamatan juga dilaporkan telah terbunuh di dalam insiden tembak-menembak tersebut.

Serangan itu menyebabkan pihak berkuasa menutup bangunan tersebut.

Ahli Parlimen Tehran, Elias Hazrati berkata bahawa penyerang tersebut dilengkapi dengan dua laras senapang Kalashnikovs dan sepucuk pistol.

Menurut Mehdi Kiaee yang merupakan salah seorang daripada penggubal undang-undang, situasi di dalam parlimen kini terkawal dengan para pengawal keselamatan berusaha mengembalikan keamanan di sana.

ISNA yang menukilkan seorang ahli parlimen melaporkan bahawa pintu parlimen sudahpun ditutup dan salah seorang penyerang telah dikepung sepenuhnya oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, tiga orang penyerang bersenjata telah melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berada di makam Imam Khomeini di Tehran sekaligus mencederakan beberapa orang daripada mereka.

Laporan juga mengatakan bahawa salah seorang penyerang telah dibunuh dan yang keduanya telahpun meletupka dirinya sendiri. Penyerang ketiga pula telah mengalami kecederaan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini