Mesej Ayatullah Nouri Hamedani Sempena Ulang Tahun Pemusnahan Kuburan Baqi'

Mesej Ayatullah Nouri Hamedani Sempena Ulang Tahun Pemusnahan Kuburan Baqi'

Salah seorang ulama terkemuka di kota suci Qom, Ayatullah Nouri Hamedani sempena hari ulang tahun pemusnahan kuburan para imam di Baqi' mengeluarkan sebuah kenyataan bagi seluruh umat Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Salah seorang ulama terkemuka di kota suci Qom, Ayatullah Nouri Hamedani sempena hari ulang tahun pemusnahan kuburan para imam di Baqi' mengeluarkan sebuah kenyataan bagi seluruh umat Islam.

Beliau di awal kenyataannya mengecam keluarga Saud yang disifatkan sebagai rejim tanpa mantik dan berbau kekabilahan yang kuat. Menurut beliau, tindakan memusnahkan kuburan para imam di Baqi' oleh rejim tersebut meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan hati kaum mu'min sehingga hari itu digelar sebagai hari kesedihan di dalam kalender dunia Islam.

Beliau turut mengatakan bahawa para musuh Islam yang suci perlu mengetahui bahawa kubur yang tidak bertanda itu sendiri sebenarnya adalah sebuah petanda kebenaran dan hidayah yang agung bagi para pencari kebenaran di sepanjang zaman.

Selain daripada itu, beliau mengatakan bahawa tiada sebarang kumpulan mampu untuk memadamkan cahaya iman dan menutup jalan kebenaran walaupun segenap usaha mereka dikerahkan untuk tujuan tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini