Penaja Daesh Bersubahat Di Dalam Serangan Di Tehran: IRGC

Penaja Daesh Bersubahat Di Dalam Serangan Di Tehran: IRGC

Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata bahawa mereka yang membantu kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah bersubahat dengan mereka di dalam serangan berkembar yang dilancarkan di Tehran pada hari Rabu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata bahawa mereka yang membantu kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah bersubahat dengan mereka di dalam serangan berkembar yang dilancarkan di Tehran pada hari Rabu.

Di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh IRGC pada hari semalam, mereka mengecam keras serangan berkembar tersebut dan meletakkan kesalahan ke atas pihak yang menaja kumpulan pengganas itu.

IRGC berkata bahawa tarikh serangan itu yang dilancarkan tidak berapa lama setelah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berjumpa dengan para pemimpin rejim Timur Tengah menunjukkan bahawa "mereka mempunyai tangan di dalam serangan yang tidak berhati perut itu."

IRGC juga berkata bahawa mereka akan membalas dendam demi nyawa mereka yang terkorban di dalam serangan itu dan berikrar untuk mengawal dengan cermat keselamatan negara itu.

Pada hari Rabu semalam. beberapa orang lelaki bersenjata menyerbu masuk ke bangunan Parlimen Iran dan Makam Imam Khomeini yang terletak di Tehran. Serangan berkembar itu menyebabkan 12 orang terbunuh dan mencederakan lebih daripada 40 yang lain.

Selepas serangan itu berakhir, Kementerian Dalam Negeri Iran mengeluarkan sebuah kenyataan yang memberikan butiran terperinci berkaitan serangan itu.

Menurut mereka, kumpulan pengganas pertama yang terdiri daripada 2 orang mula memasuki Makam Imam Khomeini pada jam 10.30 waktu tempatan. Pengganas pertama kemudiannya meletupkan bahan letupannya. Akan tetapi, pengganas yang kedua berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan.

Serentak dengan serangan itu, kumpulan pengganas kedua yang terdiri daripada 4 anggota cuba untuk memasuki bangunan pantadbiran parlimen. Akan tetapi mereka berhadapan dengan pasukan keselamatan hingga mengakibatkan 3 daripada mereka ditembak mati. Seorang yang lain pula sempat meletupkan dirinya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini