Perjanjian Paris Tidak Akan Gagal Kerana A.S Tarik Diri: Iran

Perjanjian Paris Tidak Akan Gagal Kerana A.S Tarik Diri: Iran

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Iran (DoE). Massoumeh Ebtekar berkata bahawa perjanjian Paris tidak akan menemui kegagalan hanya kerana Presiden Donald Trump mengambil keputusan untuk menarik keluar Amerika Syarikat daripada perjanjian alam sekitar itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Iran (DoE). Massoumeh Ebtekar berkata bahawa perjanjian Paris tidak akan menemui kegagalan hanya kerana Presiden Donald Trump mengambil keputusan untuk menarik keluar Amerika Syarikat daripada perjanjian alam sekitar itu.

"Perjanjian Paris adalah sebuah kesepakatan antara bangsa dan tidak akan gagal hanya kerana sebuah negara memilih untuk menarik diri daripadanya," kata Ebtekar yang juga merupakan Timbalan Presiden Republik Islam Iran.

"Tindakan Trump sepenuhnya tidak saintifik dan bukanlah sebuah langkah yang dihisab dengan baik," tambahnya.

Beliau juga menyifatkan perjanjian itu sebagai sebuah kesepakatan "keemasan" yang dicapai di sebalik ketegangan yang wujud. Menurutnya, perjanjian itu turut memupuk semangat perpaduan di kalangan pelbagai negara yang menyertainya.

Setiap negara telah mengambil kesimpulan bahawa alam sekitar adalah isu bersama dunia, katanya. "Oleh kerana itu, tindakan unilateral A.S tidak akan memberikan sebarang impak ke atas perjanjian serta membuahkan hasil," tambahnya.

Trump pada hari Khamis mengatakan bahawa pentadbirannya akan mengeluarkan A.S daripada perjanjian tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini