Pertahan Palestin Sama Seperti Pertahan Kebenaran: Ayatullah Khamenei

Pertahan Palestin Sama Seperti Pertahan Kebenaran: Ayatullah Khamenei

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa mempertahankan Palestin sama seperti mempertahankan kebenaran itu sendiri dan bukan sekadar mempertahankan sebuah bangsa yang dizalimi serta dihalau keluar dari negara mereka sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa mempertahankan Palestin sama seperti mempertahankan kebenaran itu sendiri dan bukan sekadar mempertahankan sebuah bangsa yang dizalimi serta dihalau keluar dari negara mereka sendiri.

Ayatullah Khamenei berkata demikian pada hari Rabu di dalam sebuah pertemuan dengan para pensyarah universiti dan saintis menjelang ketibaan Hari Quds sedunia yang akan dianjurkan pada hari Jumaat ini.

"Hari Quds adalah sangat penting. Perkara ini bukan sekadar bererti mempertahankan sebuah bangsa yang dizalimi serta dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Kita sebenarnya sedang menentang kezaliman dan sistem politik yang bongkak," kata Ayatullah Khamenei.

"Menentang rejim Zionis (Israel) pada hari ini adalah (sama seperti) menentang kebongkakan (kuasa besar) dan melawan sebuah sistem yang bersifat hegemoni," tambah beliau.

Merujuk kepada Agenda Pembangunan Mampan milik UNESCO yang turut dikenali sebagai Agenda 2030 dan usaha untuk melaksanakan perkara itu di Iran, Ayatullah Khamenei berkata bahawa beberapa aspek yang wujud di dalam dokumen itu perlu dijelaskan kepada bangsa Iran kerana "isu tersebut sangat penting."

Beliau turut mengatakan bahawa UNESCO hanyalah sebuah alat untuk mempromosikan dokumen-dokumen tersebut sahaja dan terdapat kuasa di sebalik tabir yang merencanakan sistem itu.

"Wujud tangan yang berada di belakang tabir yang memformulasikan sistem intelektual, kebudayaan dan praktik yang mana seluruh dunia perlu bertindak selari dengan sistem itu," tambahnya.

"Perkara ini salah dan cacat. Apa hak (yang dimiliki oleh badan dunia ini) untuk menyatakan pemikiran mereka berkaitan bangsa dan budaya serta kepercayaan mereka sebelum mengarahkan mereka untuk bertindak sebegini atau sebegitu," katanya lagi.

Ayatullah Khamenei juga berkata bahawa mereka yang mengatakan bahawa dokumen itu tidak bersifat "mengikat" adalah naif kerana mereka yang tidak bertindak selari dengan dokumen itu akan dipandang serong oleh negara yang menerima pakai sistem tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini