Program Peluru Berpandu Iran Bertujuan Hapuskan Keganasan: Menteri Luar Iran

Program Peluru Berpandu Iran Bertujuan Hapuskan Keganasan: Menteri Luar Iran

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif mempertahankan hak negaranya untuk meneruskan program pembangunan peluru berpandu mereka sambil berkata bahawa program itu bertujuan untuk memusnahkan keganasan dan ektremisme hingga ke akar umbi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif mempertahankan hak negaranya untuk meneruskan program pembangunan peluru berpandu mereka sambil berkata bahawa program itu bertujuan untuk memusnahkan keganasan dan ektremisme hingga ke akar umbi.

"Kekuatan peluru berpandu Iran akan mempertahankan warga negaranya di bawah doktrin mempertahankan diri yang sah (dari aspek perundangan)," tulis menteri itu di dalam laman sosialnya pada hari Isnin. Kenyataan itu dibuat sehari selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kedudukan kumpulan pengganas Takfiri di timur Syria.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa kekuatan peluru berpandu Iran boleh memajukan kempen global untuk menghapuskan Daesh, ekstremisme dan juga kegananasan.

Tentera Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebelum ini melancarkan enam buah peluru berpandu jarak sederhana ke atas kedudukan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Deir ez-Zour, Syria. Mereka menyatakan bahawa serangan itu dibuat sebagai tindak balas ke atas serangan berkembar di Tehran yang menyebabkan 17 orang terbunuh dan beberapa yang lain pula mengalami kecederaan. Kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu sebelum ini.

Beberapa orang lelaki bersenjata pada 7 Jun lepas melancarkan serangan ke atas bangunan Parlimen dan juga Makam Imam Khomeini yang terletak di ibu kota Tehran.

Di dalam sebuah temu ramah dengan Press TV, jurucakap IRGC, Brigadier Jeneral Ramezan Sharif memberi amaran kepada pengganas dan penaja mereka berhubung tindakan balas dendam yang lebih serius jikalau mereka sekali lagi melancarkan serangan di bumi Iran.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Syed Aki Khamenei berkata bahawa Iran telah dan akan terus menentang kuasa besar dunia.

Beliau berkata, "Iran berdiri megah dan mereka (para musuh) tidak mampu menampar muka kita. Akan tetapi, kita yang akan menampar muka mereka. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini