Rundingan Dengan A.S Adalah Sia-Sia Belaka: Menteri Luar Iran

Rundingan Dengan A.S Adalah Sia-Sia Belaka: Menteri Luar Iran

Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif pada hari Jumaat semalam ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Taro Kono di New York menegaskan bahawa segala tindakan Washington yang terkait dengan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama Komprehensif (JCPOA) memberikan mesej kepada seluruh dunia bahawa sebarang bentuk perundingan dengan Amerika Syarikat adalah sia-sia sahaja.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif pada hari Jumaat semalam ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Taro Kono di New York menegaskan bahawa segala tindakan Washington yang terkait dengan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama Komprehensif (JCPOA) memberikan mesej kepada seluruh dunia bahawa sebarang bentuk perundingan dengan Amerika Syarikat adalah sia-sia sahaja.

Perjanjian nuklear di antara Iran dan negara anggota kumpulan 5+1 (A.S, United Kingdom, Perancis, Rusia, China dan Jerman) mula dikuatkuasakan sejak Januari tahun 2016. Akan tetapi, Washington yang merupakan salah satu entiti yang turut menandantangani perjanjian ini seringkali tidak mengotakan janji di dalam melaksanakan komitmen mereka terhadap JCPOA.

Presiden Amerika, Donald Trump juga dilihat sering memilih jalan yang bertentangan dengan para peserta JCPOA yang lain dan beliau bahkan pergi lebih jauh dengan menyifatkan perjanjian itu sebagai sesuatu yang mengerikan.

Beliau turut mendesak supaya perjanjian itu dibatalkan di sebalik tentangan dunia ke atas keinginan Rumah Putih itu.

Mohammad Javad Zarif di dalam pertemuannya dengan Taro Kano di New York turut merujuk kepada krisis di Semenanjung Korea dan menegaskan bahawa Republik Islam Iran sentiasa menentang pembangunan, uji kaji dan pembinaan senjata nuklear oleh mana-mana pihak.

Menteri Luar Iran itu juga turut mengecam kezaliman pihak tentera dan pelampau Buddha Myanmar ke atas kaum Muslim Rohingya dan meminta bantuan Jepun untuk turut serta di dalam meredakan krisis tersebut memandangkan negara Asia Jauh itu mempunyai peranan yang penting di rantau tersebut.

Sementara itu, Menteri Luar Jepun di pertemuan yang sama turut mengakui bahawa Republik Islam Iran merupakan salah sebuah negara terpenting di dunia.

Taro Kano juga menegaskan bahawa negaranya menyokong JCPOA.

Menteri negara matahari terbit itu juga menentang penganjuran referendum kemerdekaan wilayah Kurdistan daripada Iraq sambil mengatakan bahawa Tokyo memandang penting perpaduan dan integriti wilayah Iraq.

Di antara agenda lain yang turut dibahaskan oleh kedua-dua diplomat itu adalah berkaitan dengan hubungan bilateral Tokyo-Tehran khususnya di dalam sektor perbankan, pelaburan, tenaga, pendidikan, isu Teluk Parsi, krisis Yaman dan lain-lain. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky