Serangan Tidak Akan Gugah Keazaman Iran: Khamenei

Serangan Tidak Akan Gugah Keazaman Iran: Khamenei

Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa serangan berkembar pada hari Rabu di Tehran tidak akan menggugah keazaman bangsa Iran untuk melawan sebarang bentuk ancaman di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa serangan berkembar pada hari Rabu di Tehran tidak akan menggugah keazaman bangsa Iran untuk melawan sebarang bentuk ancaman di negara itu.

"Warga Iran akan terus ke hadapan. 'Bunga api' yang tercetus pada hari ini tidak akan mempunyai impak ke atas keazaman rakyat. Perkara ini terlalu lemah untuk menggugah keazaman bangsa Iran dan para pegawainya," kata Khamenei di dalam sebuah pertemuan dengan para pelajar universiti di Tehran beberapa jam selepas pengganas Takfiri Daesh melancarkan serangan ke atas bangunan parlimen dan makam Imam Khomeini.

Beliau juga berkata bahawa jikalau Iran tidak memerangi keganasan di wilayah yang bergolak, maka rakyat negara itu perlu menghadapinya dengan lebih dahsyat lagi di tanah air mereka sendiri.

Khamenei turut menyatakan harapannya bahawa akar umbi keganasan akan dicantas sepenuhnya pada masa hadapan.

Pada hari Rabu semalam. beberapa orang lelaki bersenjata menyerbu masuk ke bangunan Parlimen Iran dan Makam Imam Khomeini yang terletak di Tehran. Serangan berkembar itu menyebabkan 12 orang terbunuh dan mencederakan lebih daripada 40 yang lain.

"Serangan pengganas di Iran telah menunjukkan kepada generasi hari ini serta warga Tehran tentang apa itu serangan keganasan dan bagaimana para pengganas menyasarkan warga awam yang tidak bersalah," tambah beliau.

Beliau juga berkata bahawa Iran tidak akan menunjukkan sikap berputus-asa berikutan serangan tersebut sambil menambah bahawa jikalau mereka benar-benar ingin berputus-asa, maka mereka pasti sudah melakukannya sejak zaman perang Iran-Iraq.

Khamenei turut berkata bahawa Iran akan terus menentang sistem hegemoni global yang menurutya semakin menunjukkan sifat sebenarnya kepada seluruh dunia. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini