Trump Pembohong Dan Gilakan Perang: Imam Solat Jumaat Tehran

Trump Pembohong Dan Gilakan Perang: Imam Solat Jumaat Tehran

Imam Solat Jumaat Tehran menyifatkan ucapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Perhimpunan Agung PBB sebagai buruk dan tidak berasas sambil menambah dengan mengatakan bahwa Trump adalah seorang pembohong dan individu yang gilakan peperangan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Imam Solat Jumaat Tehran menyifatkan ucapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Perhimpunan Agung PBB sebagai buruk dan tidak berasas sambil menambah dengan mengatakan bahwa Trump adalah seorang pembohong dan individu yang gilakan peperangan.

Hujjatul Islam wal Muslimin Kazem Seddiqi membuat kenyataan tersebut di dalam khutbah Jumaatnya yang berlangsung di bandar Tehran.

Sebelum itu, Trump di dalam ucapannya yang dibuat bandar New York pada hari Selasa lepas menuduh Republik Islam Iran sebagai negara yang menyokong dan menaja keganasan. Tuduhan itu dilontarkan oleh hartawan tersebut di sebalik fakta yang menunjukkan bahawa negara Timur Tengah itu merupakan salah satu kuasa yang sibuk membenteras keganasan di rantau tersebut.

Menurut beliau juga, ISIS/Daesh, al-Qaeda, Taliban dan kumpulan pengganas lain merupakan 'anak didik' Washington dan Riyadh sambil menambah bahawa Amerika Syarikat dan Arab Saudi telah menghabiskan berjuta-juta dolar wang rakyatnya untuk membentuk kumpulan pengganas tersebut.

"A.S dan Arab Saudi menghabiskan jutaan dolar wang rakyatnya untuk membentuk dan memberikan persenjataan kepada kumpulan-kumpulan pengganas," ujarnya.

Presiden A.S di dalam ucapannya turut mengulangi kekesalannya berhubung perjanjian nuklear JCPOA (Pelan Tindakan Komprehensif Bersama) dengan menyifatkannya sebagai sebuah kesepakatan yang mengerikan dan memalukan buat A.S.

"Kenyataan Trump yang tidak diplomatik itu menunjukkan (kepada kita) tentang kemarahan dan ketidakmampuan A.S," kata Hujjatul Islam wal Muslimin Seddiqi.

Beliau turut menyentuh tentang beberapa pelan A.S di rantau Timur Tengah yang berakhir dengan kegagalan sambil menjelaskan bahawa Iran, barisan 'Muqawamah' dan Rusia telah memberikan tamparan hebat kepada kumpulan pengganas Takfiri yang disokong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di rantau ini.

Hujjatul Islam wal Muslimin Seddiqi turut memuji Revolusi Islam Iran dengan menggambarkannya sebagai kebangkitan orang-orang tertindas di muka bumi ini.

"Republik Islam Iran sentiasa menyokong Iraq dan Syria di dalam peperangan melawan kumpulan pengganas," tegasnya.

Hujjatul Islam wal Muslimin Seddiqi kemudiannya turut mengucapkan takziah kepada umat Islam berikutan ketibaan bulan Muharram iaitu bulan kesedihan bagi Rasulullah S.A.A.W dan keluarganya berikutan kesyahidan Imam Hussein di tangan kuasa taghut yang memerintah pada zaman itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky