Umat Islam Wajib Tentang Israel: Khamenei

Umat Islam Wajib Tentang Israel: Khamenei

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata kaum Muslim pada hari ini bertanggungjawab melawan Israel dengan apa cara sekalipun sambil menekankan bahawa isu Palestin adalah isu paling penting di dalam dunia Islam pada masa ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata kaum Muslim pada hari ini bertanggungjawab melawan Israel dengan apa cara sekalipun sambil menekankan bahawa isu Palestin adalah isu paling penting di dalam dunia Islam pada masa ini.

"Di dalam fekah Islam, apabila musuh merampas sebuah tanah Islam, Jihad di dalam apa jua bentuk adalah tanggungjawab kaum Muslim," kata beliau kepada para duta beragama Islam, para pegawai negara Iran dan warga awam yang hadir di dalam sebuah pertemuan yang dianjurkan sempena Eid al-Fitr di Tehran pada hari Isnin.

"Pada hari ini, penentangan ke atas Israel adalah sebuah kewajiban ke atas kaum Muslim. Kenapa sebahagian (daripada kita) mengelak daripada tanggungjawab ini," tambahnya.

Beliau turut menyentuh tentang konflik di Yaman, Syria, Iraq dan Afrika Utara di dalam khutbahnya sambil memberikan amaran tentang "bahaya membiarkan isu Palestin terkubur."

"Palestin adalah isu pertama di dalam dunia Islam. Akan tetapi, negara Islam kini bertindak seperti isu Palestin tidak diendahkan dan dilupakan," katanya Khamenei.

Ayatullah Khamenei turut menyatakan bahawa perpecahan adalah masalah penting yang merupakan "luka besar di dalam jasad dunia Islam."

Menurut beliau, perkara ini menjadi lebih kritikal ketika berhadapan dengan usaha musuh yang cuba memarakkan api perpecahan mazhab. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky