Usaha A.S Untuk Ubah Kerajaan Di Iran Sentiasa Gagal: Khamenei

Usaha A.S Untuk Ubah Kerajaan Di Iran Sentiasa Gagal: Khamenei

Pemimpin Tertinggi Revolusi Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa kesemua percubaan yang dibuat oleh Amerika Syarikat sepanjang puluhan tahun lepas untuk menukar kerajaan Iran telah berakhir dengan kegagalan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa kesemua percubaan yang dibuat oleh Amerika Syarikat sepanjang puluhan tahun lepas untuk menukar kerajaan Iran telah berakhir dengan kegagalan.

Ayatullah Khamenei membuat kenyataan itu di dalam sebuah pertemuan dengan ahli keluarga para syuhada yang berkhidmat di dalam angkatan tentera dan pasukan keselamatan negara itu.

"Revolusi dan kerajaan (Islam) yang wujud (di Iran) telah menghadapi pelbagai bentuk permusuhan yang serius sejak penubuhannya," kata Ayatullah Khamenei.

"Jangan lihat kepada kata-kata kosong lelaki yang baharu sahaja menjadi Presiden A.S. Tuduhan (anti-Iran) bukanlah perkara baharu. Perkara ini telah wujud sejak hari pertama lagi. Akan tetapi, bahasa dan nada mereka telah berubah.

Merujuk kepada kenyataan para pegawai A.S berkenaan penukaran kerajaan di Iran, Ayatullah Khamenei berkata, "Mereka (baru-baru ini) berkata bahawa mereka mahu menukar kerajaan Islam. Sejak bila kamu tidak mahu melakukan perkara ini? Kamu sentiasa menginginkannya dan kamu sentiasa gagal..." katanya lagi.

Setiausaha Negara A.S, Rex Tillerson pada hari Khamis lepas berkata bahawa kerajaan Iran "meneruskan aktiviti dan campur tangan yang mengganggu kestabilan Timur Tengah."

Apabila ditanya sama ada A.S menyokong dasar perubahan rejim di Iran, diplomat itu berkata bahawa polisi negara itu bergantung kepada "elemen di dalam Iran" untuk membawa kepada "transisi aman."

"Polisi kami terhadap Iran adalah menghapuskan hegemoni mereka, mengekang keupayaan mereka untuk membina senjata nuklear dan bekerja dengan elemen yang wujud di dalam Iran yang kemudiannya akan membawa kepada proses transisi kepada kerajaan yang sedia ada. Elemen-elemen tersebut sememangnya wujud di sana seperti yang kami ketahui dengan pasti," katanya lagi. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini