?>
Pejuang Palestin;

Israel cuba tunjuk kekuatan dengan pengboman di kawasan pejuang

Israel cuba tunjuk kekuatan dengan pengboman di kawasan pejuang

Kumpulan pejuang Palestin berikrar tidak akan membiarkan musuh-Zionis mengubah taktik pertempuran setelah serangan demi serangan dilancarkan sejak Khamis malam di utara Semenanjung Gaza.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com)  - Kumpulan pejuang Palestin berikrar tidak akan membiarkan musuh-Zionis mengubah taktik pertempuran setelah serangan demi serangan dilancarkan sejak Khamis malam di utara Semenanjung Gaza.

Hamas mengatakan pengeboman Israel di tempat-tempat pejuang tidak lain dan tidak bukan hanyalah pertunjukan kuasa bagi kerajaan baru demi mengembalikan semangat tentera dan pemimpinnya, yang runtuh setelah berhadapan dengan serangan pihak pejuang dalam “Pertempuran Pedang al-Quds”.

Jurucakap gerakan itu, Fawzi Barhoum, mengesahkan, dalam satu kenyataan media, petang Khamis lalu, bahawa penjajahan itu melakukan aksi tidak waras yang mensasarkan rakyat Palestin dan para pejuang mereka. Ini disebabkan para pejuang yang diketuai oleh Briged Al-Qassam sentiasa dalam pemantauan.

Tambah beliau lagi, "Pertempuran pedang al-Quds tidak lah berapa lama berlalu, kita masih di bawah bayangannya, kita telah menunjukkan keseimbangan dalam pertempuran di al-Quds, dan musuh tidak akan menemukan apa-apa di kalangan pejuang kecuali membahayakannya."

Sementara itu, Jawatankuasa Popular Pejuang menegaskan bahawa "Bilik operasi bersama (berbagai kumpulan pejang) masih dalam sesi tetap untuk melakukan tindakan lanjut dalam perkembangan semasa, mengkaji dan menilai situasi di lapangan, dan ia akan mengajukan pendapatnya."

Beliau menegaskan musuh-Zionis tahu watak pejuang dengan baik, iaitu ia tidak akan membiarkannya meneruskan serangan dan jenayah terhadap rakyat kita.

------------------

177


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*