?>
Ayatollah Ghorbanali Dorri-Najafabadi;

"Jalaluddin Rakhmat" ambil langkah besar kukuhkan budaya Islam Muhamadi di Indonesia

Ayatollah Ghorbanali Dorri-Najafabadi dalam perutusan takziahnya mengakui peranan besar Jalaludin Rakhmat dalam perluasan budaya Islam Ahlul Bait (a.s) di Indonesia

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah Ghorbanali Dorri-Najafabadi, Naib Presiden Majlis Tertinggi Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s), mengirim perutusan takziah atas kematian Profesor Jalaluddin Rahmat, Ketua Dewan Syura IJABI (Ikatan Jemaah Ahlul Bait Indonesia) pada hari Isnin lalu, 15 Februari 2021,

Teks perutusan beliau adalah seperti berikut:

 

Dengan nama Tuhan

Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali

Berita kematian Profesor Jalaluddin Rakhmat, seorang pemikir Islam yang hebat di Indonesia dan bekas anggota DPR dan ketua organisasi IJABI di Indonesia, menyebabkan menyebabkan kesedihan dan dukacita yang amat mendalam.

Berbekalkan ilham pandangan Imam Khomeini dan Pemimpin Tertinggi Revolusi demi memperkukuhkan budaya Islam murni, ajaran Islam dan hadis Nabi serta Ahlul Bait (a.s) di Indonesia, Dr. Jalaluddin Rakhmat mengambil langkah-langkah hebat serta mengemukakan pendapat cendiakawan berdasarkan Islam yang gemilang, peranannya amatlah berpengaruh, maju dan tersebar luas.

Pemikir Islam yang hebat ini, dengan kegigihan dan usaha sepanjang masa, telah mendidik ramai pelajar di Indonesia, yang semestinya akan meneruskan jalan pencerahan beliau dalam memperkenalkan dan melembagakan nilai-nilai tinggi Islam dan mazhab Ahlul Bait (a.s) yang mulia. Mereka akan memainkan peranan penting dalam penyebaran budaya Islam dalam hubungan sosial dan budaya Indonesia.

Saya mengucapkan takziah atas kematian pemikir Islam yang hebat ini kepada bangsa, pemerintah, individu, institusi Islam Indonesia, para pelajarnya, cendekiawan, pelajar dari hawzah dan Universiti al-Mustafa (s.a.w), termasuklah mereka yang masih hidup. Saya memohon kepada Allah untuk ketinggian darjat beliau, dan semoga beliau dihimpunkan bersama para wali Allah.

 

Ghorbanali Dorri-Najafabadi

Naib Pengerusi Majlis Tertinggi Majma’ Ahlul Bait (a.s)

..................

177


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini