?>

Jawatankuasa Perubatan IHRC Buat Pemeriksaan Kesihatan Ke Atas Syeikh Zakzaky

Jawatankuasa Perubatan IHRC Buat Pemeriksaan Kesihatan Ke Atas Syeikh Zakzaky

Delegasi perubatan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Islam (IHRC) pada hari Khamis lepas telah berjaya menjalankan pemeriksaan kesihatan tahap awal ke atas Sheikh Zakzaki dan Puan Zaynat Ebrahim yang merupakan isteri beliau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Delegasi perubatan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Islam (IHRC) pada hari Khamis lepas telah berjaya menjalankan pemeriksaan kesihatan tahap awal ke atas Sheikh Zakzaki dan Puan Zaynat Ebrahim yang merupakan isteri beliau.

Pemeriksaan awal tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua tahanan tentera Nigeria itu memerlukan ujian dan rawatan segera.

Jawatankuasa perubatan IHRC meluahkan harapan mereka untuk memulakan rawatan dalam masa yang terdekat.

Pada 22 Disember 2015, beratus-ratus orang Syiah Nigeria terkorban di tangan tentera Nigeria yang bertindak menyerang Husseiniyya Baqiyatullah (AS) dan rumah kediaman Sheikh Ibrahim Zakzaki.

Di dalam operasi itu, Sheikh Zakzaky dan isterinya turut cedera dan ditangkap oleh pihak tentera.

Menurut keputusan Mahkamah Agung Nigeria yang dibuat sebelum ini, Sheikh Zakzaki harus dibebaskan secepat mungkin. Akan tetapi, tetapi kedua-dua figur agama itu masih berada dalam penahanan tidak sah. Lebih teruk daripada itu mereka juga kehilangan akses terhadap perkhidmatan perubatan yang canggih. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*