?>
Panjshir;

Jet yang tidak dikenali mengebom Taliban

Jet yang tidak dikenali mengebom Taliban

Kabir Wasiq, wakil gabenor Panjshir, berkata peperangan sengit terjadi di Panjshir dan Andarab. Pasukan perlawanan telah maju di kedua wilayah ini sehingga menyebabkan pengunduran Taliban.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sebaliknya, pesawat tempur yang tidak dikenali telah menyasarkan kedudukan Taliban di Panjshir, di kawasan pertempuran sengit antara Ahmad Massoud dan Taliban.

Tidak jelas dari negara mana jet pejuang itu menyerang Taliban, tetapi saksi-saksi tempatan mengatakan bahawa serangan tersebut telah memihak kepada Barisan Perlawanan Panjshir.

Ahmad Massoud, komander Perlawanan Nasional Afghanistan di Panjshir di dalam status terbaru tweet menyatakan, “Sebuah jet Pakistan ditembak jatuh oleh singa Panjshir.”

Tambahg beliau, “kita berada di Panjshir dan perlawanan akan berterusan.”

Sementara itu, penduduk Kabul, Mazar-e-Sharif, Balkh dan Ghazni juga memberi reaksi positif terhadap kebangkitan rakyat Panjshir terhadap Taliban dan turun ke jalanan. Mereka melaungkan slogan “hidup Ahmad Massoud dan mampus Pakistan”.

Jurucakap Taliban menggesa rakyat Afghanistan untuk tidak berdemonstrasi dan menekankan bahawa negara itu baru sahaja mengalami krisis.

Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid menulis tweet, "Kita baru sahaja keluar dari krisis, jadi kami menyeru semua lelaki dan wanita, serta semua bahagian penduduk, untuk tidak berarak dalam keadaan seperti itu."

--------------

177


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*