?>
Ayatollah Bashir Najafi;

Kami bangga dengan Republik Islam Iran / Iran menenangkan hati kami

Kami bangga dengan Republik Islam Iran / Iran menenangkan hati kami

Setiausaha Agung Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) dan delegasi yang mengiringi mereka di Iraq, mengadakan pertamuan di Najaf Ashraf dengan Ayatullah Syeikh "Bashir Najafi", seorang Marja’ Syiah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah Bashir Najafi berkata dalam pertemuan dengan rombongan Majma’ Ahlul Bait, “Kami bangga dengan Republik Islam Iran”. Beliau mengungkapkan pentingnya membimbing orang ke ajaran Islam, dan berkata, “Nabi saw bersabda kepada Imam Ali (a.s):

و ايمُ اللّهِ لَأن يَهدي اللّهُ على يَدَيكَ رجُلاً خَيرٌ لَكَ مِمّا طَلَعَت علَيهِ الشَّمسُ و غَرَبَت

“Saya bersumpah demi Tuhan, jika Tuhan membimbing seseorang di tangan kamu, maka itu lebih baik untukmu daripada matahari terbit dan terbenam di atasnya.”

Oleh kerana kedudukan tiada tolok bandingan Nabi (s.a.w) dalam riwayat itu dianggap sebagai pembimbing yang tidak terhitung nilainya, beliau menegaskan, hidayat seseorang untuk "Ali" itu lebih baik daripada seluruh dunia, di mana satu pukulannya lebih hebat daripada ibadat jin dan manusia.

Sambil merujuk pada ayat 19 dari Surah An'am sebagai kepentingan mempromosikan ajaran Al-Quran, beliau berkata, “Tafsiran Tuhan tentang Al-Qur'an ialah: “أُوحِيَ إلَيَّ هذَا القرآنُ لِأُنذِرَكُمْ بِهِ وَمَنْ بَلَغ...” iaitu al-Qur’an ini telah diwahyukan ke atasku, bagi memperingati kamu dan orang yang sampai kepadanya”. Oleh itu, panduan al-Quran tidak terhad kepada manusia, tetapi kepada semua makhluk yang menerima pengetahuan ini, malah malaikat juga mendapat manfaat daripadanya.

Mahaguru hawzah Najaf Ashraf menegaskan bahawa kegiatan Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) dalam membimbing masyarakat dunia terhadap ajaran Syiah, beliau berkata, “Selain memperkenalkan Ahlul Bait (a.s), memperkenalkan dan mengajarkan hukum hakam Al-Qur'an juga amat tinggi nilainya.”

Ayatollah Bashir Najafi menganggap keberhasilan berkhidmat demi Al-Quran dan Itrah sebagai keberkatan, beliau menyatakan, “Tuhan telah memberi anda keberkatan ini. Kejayaan melakukan dakwah bermanfaat ini merupakan sebuah nikmat yang perlu kita gunakan sehingga merintis jalan bagi kemunculan Imam al-Zaman (a.s).”

Dia mengucapkan terima kasih kepada aggota Majma’ Jahani Ahlul Bait (as.s) dan berkata, “Anda berjuang di medan jihad intelektual, alhamdulillah, anda tidak lalai dalam aktiviti anda.”

Dalam ucapannya yang lain, pihakMarja’ yang tinggal di Najaf Ashraf ini memuji pemerintahan Republik Islam dan berkata, “Kami bangga dengan Republik Islam Iran. Republik Islam dan kepemimpinannya telah memberikan penghormatan dan martabat kepada Islam serta membawa kedamaian dan ketenangan di hati kita.”

Beliau meneruskan dengan menekankan bahawa, "Republik Islam mengepalai ugama Islam, Kejayaan Majma’ juga merupakan salah satu keberkatan Republik Islam. Semoga Allah mengekalkan keberkatan Republik Islam melalui penyebaran Islam dan ajaran Ahl al-Bayt (a.s).

Sambil mengirim salam kepada Ayatollah Khamenei, Ayatollah Bashir Najafi berkata, "Mahkota ilmu ada pada anda. Anda pasti mengetahui harga mahkota ini dan dengan restu mahkota ini, insya Allah, anda akan berjaya dalam pekerjaan anda.”            

Beliau turut mendoakan kejayaan Setiausaha Agung Mjma Ahl al-Bayt (a.s) dan rakan-rakannya, "Semoga Tuhan Yang Maha Esa melindungi, mengizinkan anda dan memberi anda umur panjang untuk mempromosikan hukum hakam Al-Quran dan isu-isu berkaitan Ahlul Bait (a.s).

-----------

177


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*