?>

Kesihatan Hassan Nasrullah pulih

Kesihatan Hassan Nasrullah pulih

Pegawai budaya Hizbullah di wilayah Bekaa, Faysal Shukr, mengesahkan bahawa kesihatan Sayyed Hassan Nasrullah beransur pulih setelah baru mengidapi alergik musim semi, dan khabar angin yang disebarkan oleh beberapa orang mengenai jangkitannya dengan Corona dan penyakit lain tidak benar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pegawai budaya Hizbullah di wilayah Bekaa, Faysal Shukr, mengesahkan bahawa kesihatan Sayyed Hassan Nasrallah beransur baik dan pulih dari alergik musim semi yang baru sahaja dihidapinya, manakala khabar angin yang disebarkan oleh beberapa orang mengenai jangkitannya dengan Corona dan penyakit lain tidak benar.

Mengenai desas-desus yang beredar dalam media dan laman sosial, Encik Faisal mengesahkan dalam satu kenyataan eksklusif kepada Tasnim International News Agency bahawa apa yang berlaku adalah cubaan musuh Zionis untuk menangguk isu kesihatan Sayyed Hassan Nasrullah melalui perang saraf yang menyasarkan khalayak dan kepemimpinan perlawanan. Menurut beliau ia bertujuan untuk mencapai kepentingan pihak musuh, terutamanya dalam perang media di mana Hassan Nasrullah telah mempelopori hujung tombak yang dihala ke arah musuh dan keinginan mereka. Kata beliau semua usaha musuh untuk mengelirukan dan dakwaan mereka tidak akan mempengaruhi situasi perjuangan yang dipikul.. Apa yang berlaku adalah telus dan di hadapan semua layar, oleh itu tidak ada yang perlu risau dan mempercayai pembohongan yang selalu dicanang oleh Zionis.

Faisal turut menafikan palsu media yang mendakwa Sayyed Hassan Nasrallah telah koma dan kepimpinan parti Hizbullah giat mencari tokoh alternatif di antara nama-nama yang dicadangkan. Beliau menekankan bahawa Hassan Nasrullah akan segera muncul kepada peminatnya segera setelah pulih sepenuhnya.

Faisal mendedahkan bahawa apa yang dialami oleh Hassan adalah selesema dan alergi yang teruk pada paru-paru, yang selalu dihidapinya pada awal musim semi setiap tahun, tetapi tahun ini bertepatan dengan peristiwa-peristiwa Ramadan, Hari al-Quds dan akhirnya ulang tahun Pembebasan 2000, beliau dapat muncul dan memberi perhatian kepada penontonnya walaupun terdapat amaran daripada kakitangan perubatannya, dan pada pandangannya, kegagalannya pergi berucap akan membuat penonton bingung.

Sayyid Faisal menyimpulkan dengan mengatakan, sudah menjadi lumrah keperibadian orang seperti Sayyed Hasan Nasrullah menjadi perhatian akan mendapat simpati yang besar berjuta-juta orang. Keadaan beliau baik dan pulih dari penyakitnya, tidak lama lagi beliau akan bertemu dengan para peminatnya.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*