?>
Ayatollah Javadi Amoli;

Khadijah seorang sarjana, menyembah Allah dengan ketauhidan, menolak riba

Khadijah seorang sarjana, menyembah Allah dengan ketauhidan, menolak riba

Ayatollah Javadi Amoli menjelaskan, tidak cukup sekadar berziarah kepada Khadijah (a.s) tanpa menuruti jejak langkah beliau dalam menolak riba dan ekonomi jahiliyah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah Javadi Amoli menyifatkan Khadijah (a.s) telah menyembah Tuhan sebelum mab’ath dan mempercayai ramalan umum tentang kenabian dan beriman kepada para nabi setelah Ibrahim (a.s). Beliau adalah sarjana, zuhud, pengkaji dan ahli tauhid.

Javadi Amoli, menegaskan Khadijah (a.s) telah mendapat pendidikan dan berkata, “Terdapat perbezaan antara para sarjana sains dan ahli teologi, ahli tafsir dan perundangan; Khadijah (a.s) adalah seorang sarjana di zaman itu dan menyembah Tuhan secara tauhid sebelum kebangkitan (mab’ath).

Beliau menjelaskan, kita adalah anak-anak didik Khadijah (a.s), “Apakah kita tidak layak memperkenalkan watak Khadijah (a.s)? Bukankah kita harus mengikut jejak ibu kita dan mengikutinya? Bukankah sudah waktunya untuk mengetepikan riba seperti Umm Al-Mu'minin?

Marja’ taqlid ini menjelaskan, orang kafir tidak mempunyai dalil, “Jahiliyyah memiliki budaya meniru dan bermeditasi, tetapi dalam suasana ini, Khadijah (PBUH) adalah seorang wanita ahli tauhid, terpelajar dan kita berbangga memiliki ibu dan dua belas maksumin.”

Ayatollah Javadi Amoli menjelaskan, “Pada zaman jahiliyah, ketika riba adalah kontrak rasmi dan penjualan busana skirt adalah dagangan rasmi, Khadijah (a.s) membatalkan kedua-keduanya sedangkan riba dapat menjadikan seseorang itu raja (kaya raya). Beliau memboikot riba dan mengubah sistem ekonomi. Tanggungjawab kita adalah untuk mengubah budaya jahiliyah menjadi budaya rasional, mengharamkan pusat rasuah maya dan nyata, mengubah ekonomi riba menjadi ekonomi Islam. Kita harus mengikut cara ibu kita, ziarah sahaja tidak mencukupi, kita harus mengikutinya.”

Tambah beliau, "Dalam Islam, tidak ada kesempurnaan yang bersyaratkan jantina bagi menyokong perutusan dan autoriti wilayah. Pengetahuan Imam tidak terhad, ini disebabkan ia berkaitan dengan hakikat dzat suci Tuhan yang tiada terhingga, sedangkan diri-diri mereka itu terbatas. Ia bukanlah suatu kesalahan, dalam situasi inilah Khadijah (a.d) telah lalui. Yang sempurna adalah kefaqihan, bukan penurutan.”

Ayatollah Javadi Amoli berkata, “Mengapa kita tidak mengikuti wanita seperti itu? Kita mempunyai sijil kelahiran dan Hazrat Khadijah adalah ibu kami. Mengapa kita tidak mengikut jejak ibu kita? Mengapa kita tenggelam dalam rasuah dan riba? Ummul Mukminin Hazrat Khadijah (a.s) adalah sebuah kebudayaan, perundangan, kesucian, kemasyarakatan dan perekonomian.”


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*