?>

'Kita perlu bertindak' - Biden

'Kita perlu bertindak' - Biden

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, meminta rakyat negara itu melobi dan mendesak ahli Kongres meluluskan undang-undang senjata api yang lebih ketat susulan tragedi 19 pelajar sekolah rendah mati ditembak.

Pelaku serangan itu, Salvador Ramos, 18, yang turut membunuh dua lagi mangsa dewasa, mati ditembak selepas menyerang anggota polis, di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas.

Biden berkata demikian pada sidang media menyusuli kes tembakan ngeri di sekolah berkenaan tetapi tidak menyatakan apa yang ingin lakukan atau meminta undian khusus dilakukan di Kongres atau menggubal dasar baharu.

"Ketika menjadi menjadi presiden, saya berharap tidak perlu melakukan ini lagi," kata Biden mengecam perbuatan membunuh murid gred dua, tiga dan empat secara rambang.

Biden berkata, mangsa ibu bapa di Texas 'tidak akan melihat anak mereka lagi mahupun berpeluang menemani mereka ke katil serta berpelukan.

"Saya meminta rakyat AS melawan perasaan tidak berdaya dan berharap kita jangan lagi melihat satu lagi kejadian tembakan besar-besaran.

"Sebagai sebuah negara, kita perlu bertanya bila isu ini akan selesai dan lakukan apa yang perlu dilakukan bagi mengatasinya. Saya sudah letih. Kita perlu bertindak dan jangan kata kejadian terbabit tidak memberi kesan kepada kita," katanya.

Tembakan rambang membabitkan ramai mangsa semakin berleluasa di AS dan sering disusuli bantahan awam serta gesaan bertindak oleh ahli politik Demokrat.

bagaimanapun, dasar keselamatan senjata api Persekutuan seperti pemeriksaan latar belakang yang biasa dilakukan di negara lain gagal mendapat kelulusan kerana bangkangan kuat parti Republikan.

AS menyaksikan 61 kes 'penembak aktif' tahun lalu, peningkatan mendadak berbanding 2022 dan jumlah tertinggi dalam lebih 20 tahun, lapor FBI minggu ini.

342/


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*