?>
Muhammad Abdul Sattar al-Sayyid;

Konsep "Nahjul Balaghah" dan "Sahifah al-Sajjadiyya" dapat berdepan propaganda Islamofobia

Konsep

Setiausaha Agung Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) berkata, "Islam kita adalah Islam rahmat, tetapi Islam rahmat tidak mencukupi, dan mesti dilengkapi dengan perlawanan." Menteri Wakaf Syria, “Mengabaikan isu perlawanan dalam Islam, sebenarnya, memberikan definisi yang tidak lengkap dan tidak benar tentang Islam rahmat, dan Nabi (s.a.w), ketika hadir ke lembah Abu Talib dan berhijrah dari Makkah ke Madinah, menunjukkan makna sebenar perlawanan dalam Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s), Ayatollah Reza Ramezani, bertemu dengan Menteri Wakaf Syria, Dr Muhammad Abd al-Sattar al-Sayyid, ketika lawatannya ke Republik Arab Syria.

Dalam pertemuan ini, Ramezani mengucapkan terima kasih kepada rakyat Syria dan pemerintahnya atas perlawanan mereka terhadap pengganas takfir, dan berkata, “Rakyat Syria dan presiden mereka, Encik Bashar al-Assad, dengan ketabahan berkemampuan mewakili perlawanan dalam pengertian kata, sama seperti Iran menganggap dirinya saudara dan rakan Syria, dan menyokong perlawanannya.”

Beliau mengisyaratkan, "Islam kita adalah Islam rahmat, tetapi Islam Rahmat tidak mencukupi, dan mesti dilengkapi dengan perlawanan." Tambah beliau, “Nabi yang mulia adalah "rahmat bagi alam" tetapi belas kasihan adalah salah satu dimensi Islam, dan ada dimensi lain, salah satunya ialah perlawanan.”

Ayatollah Ramezani melanjutkan, “Malangnya, ada arus agama moden dan ekstremis yang muncul dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan nama "ISIS", ia menentang Islam secara terang dan nyata, mereka atas nama Islam telah mengukuhkan aliran Zionis, dan kita mesti bersatu untuk menghadapi arus ini.”

Beliau merujuk kepada kemajuan ilmiah Iran setelah kemenangan Revolusi Islam di berbagai bidang ilmu, dan berkata, “Segala puji kepada Allah, negara ini telah menyaksikan banyak kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang saintifik dan teknikal, termasuk industri vaksin Iran untuk Corona, dan ia bersaing dengan model Inggeris dan Perancis.”

Mengenai Sahifah Sajjadieh di Syria, beliau menekan betapa pentingnya warisan Imam Ali bin Al Hussein (a.s), dan dimensi-dimensi doa dari buku berharga ini, Setiausaha Agung Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) berkata, “Permintaan Sahifah Sajjadiyah tidak khusus untuk golongan Syiah semata-mata dan bahkan umat Islam. Malah, seluruh umat manusia memperoleh manfaat daripadanya.”

Beliau melanjutkan, “Prinsip-prinsip etika di Sahifah Sajjadiya mempunyai asal-usul akhlak bagi semua umat manusia, seperti yang Tuhan katakan dalam beberapa ayat Al-Quran, "Katakanlah kepada manusia dengan baik." Ucapannya tidak ditujukan hanya kepada orang Islam dan orang-orang yang beriman, tetapi juga merangkumi seluruh umat manusia.”

Ayatollah Ramezani melanjutkan, “Doa-doa Ahlul Bait (a.s) meliputi seluruh umat manusia, baik Muslim maupun non-Muslim, misalnya disebutkan dalam doa bulan Ramadhan yang diberkati, “Ya Allah, kayakan setiap orang fakir, dan kenyangkanlah orang yang lapar.” Doa ini tidak terhad kepada sejenis manusia, oleh itu kita mesti menyebarkan ajaran akhlak sejagat dengan sebaik mungkin di pelbagai belahan dunia, supaya semua orang dapat menikmati berkat-berkat ilahi ini.”

Setiausaha Agung Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s), merujuk kepada keturunan Menteri Wakaf Syria, dan berkata, “Kami tahu bahawa keturunan anda berasal daripada Imam Al-Sajjad, jadi kami mengucapkan tahniah kepada anda atas keturunan yang terhormat ini.”

Di pihak Dr. Muhammad Abd al-Sattar al-Sayed, beliau menyambut baik saranan Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s), dan delegasi yang mengiringinya, sambil menambahkan, “Saya bangga bahawa saya berasal dari keturunan suci Nabi yang mulia (s.a.w) dan keluarga baginda.”

Ulama Sunni ini berkata: Seandainya bukan Nahj al-Balagha dan Sahifah Sajjadiyya, maka kita tidak akan dapat mencapai kedudukan tinggi dalam ilmu dan pengetahuan Islam ini.”

Muhammad Abd al-Sattar merujuk kepada propaganda Islamofobia di dunia dan berkata, “Bagi menghadapi tindakan musuh-musuh Islam yang berusaha mengenepikan akhlak Islam yang bermaruah dan menuduh umat Islam melakukan keganasan, maka konsep seperti Sahifah Sajjadiyah mesti dipromosikan.”

Menteri Awqaf Republik Arab Syria menyokong pernyataan Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s), tentang "Menggabungkan rahmat dan perlawanan dalam undang-undang Islam," beliau berkata, “Ayatollah Ramadani, kata-kata anda menggembirakan hati kita.”

Beliau melanjutkan, “Mengabaikan isu perlawanan dalam Islam sebenarnya memberikan definisi Rahmat Islam yang tidak lengkap dan tidak tepat, sebagaiamana seperti Nabi (s.a.w), ketika dia berada di lembah Abu Talib dan berhijrah dari Mekah ke Madinah, menunjukkan makna sebenarnya perlawanan dalam Islam.”

Penulis dan penafsir dari Sunni ini menambahkan, “Hari ini kita menyaksikan normalisasi negara-negara Arab dengan entiti Zionis, dan mereka memandang kedudukan mereka bahawa syariat Islam adalah rahmat maka kita mesti berada di sisi pengikut semua agama seperti Agama Yahudi dan berdampingan dengan mereka!! Tetapi kesimpulan ini salah dan ditolak.”

Menteri Syria ini melanjutkan, “Pertama, bahawa Tuhan secara terang-terangan mendefinisikan orang Yahudi sebagai musuh Islam, dan kedua, adakah mereka mengiktiraf Nabi (s.a.w) dan mengiktiraf kamu sebagai saudara kita?! Atau adakah mereka masih menganggap umat Islam sebagai pengganas?!

Muhammad Abd al-Sattar al-Sayed bertanya, “Bagaimana kita dapat mengenali orang Yahudi sebagai saudara kita ketika mereka telah memutarbelitkan hukum Tuhan?! Bagaimana kita dapat menganggap Zionis sebagai saudara kita, sedangkan mereka merampas Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kemudian menormalkan hubungan dengan mereka?!”

..............................................

177


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*