?>

Nasionalis Israel berarak merentasi di Baitulmaqdis

Nasionalis Israel berarak merentasi di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya 70,000 warga Israel mengibarkan bendera negara itu berarak merentasi Kota Lama, Baitulmaqdis, sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Keadaan semasa semakin tegang dan dikhuatiri tragedi setahun lalu, di mana pertempuran antara warga Palestin dan Israel menyaksikan 'perang' yang berlanjutan selama 11 hari.

Menurut maklumat polis, kira-kira 70,000 orang nasionalis Yahudi itu berarak di jalanan bagi mengibarkan bendera sempena upacara meraikan ulang tahun penawanan Israel ke atas Baitulmaqdis timur pada 1967.

Beberapa peserta turut melaungkan slogan 'kematian kepada orang Arab', dibalas oleh sebilangan penduduk Palestin dengan melontarkan objek dari atas bumbung.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*