?>
Ayatollah Qassem:

Nyawa Profesor Mushaima dan Al-Singace di penjara adalah tanggung jawab kerajaan Bahrain

Nyawa Profesor Mushaima dan Al-Singace di penjara adalah tanggung jawab kerajaan Bahrain

Ayatollah Sheikh Issa Ahmed Qassem mengeluarkan kenyataan mengenai status kesihatan Hassan Mushaima dan ahli akademik Abdul Jalil Al-Singace yang ditahan di Penjara oleh kerajaan Bahrain.

Agensi Berita Ahlul Bait- Ayatollah Sheikh Issa Ahmed Qassem menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan Hassan Mushaima dan ahli akademik Abdul Jalil Al-Singace yang ditahan di penjara oleh kerajaan Bahrain sekarang ini.

Syeikh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari pejabatnya mengecam pemenjaraan tersebut, dan menyifatkan penahanan ini berpunca setelah mereka menyatakan pendapat secara aman. Beliau berkata, “Mereka menyatakan pendapat mereka mengenai urusan politik dan undang-undang dan menyerukan penghapusan kezaliman terhadap rakyat, tanpa menuduh sesiapapun, atau menghasut."

Kenyataan itu menceritakan masalah kesihatan yang mengancam nyawa Profesor Mushaima dan Al-Singace, karena sejumlah penyakit berat terancam terutama sekali tatkala peningkatan wabak Corona yang semakin meningkat akibat kecuaian perubatan mereka.

Mushaima menderita penyakit kronik dan kesihatannya telah merosot baru-baru ini di Penjara Jau. Turut ditahan ialah ahli akademik, Abdul Jalil Al-Singace, manakala pihak berkuasa Al Khalifa enggan membebaskannya, dan mengabaikan seruan antarabangsa serta tempatan dalam hal ini.

-------------

177


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*