?>

Pakistan: Imran diberi amaran elak adakan lagi protes

Pakistan: Imran diberi amaran elak adakan lagi protes

Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rana Sanaullah Khan, memberi amaran keras kepada parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan bekas perdana menteri, Imran Khan supaya tidak mengadakan protes baharu di Islamabad.

"Saya memberi amaran kepada PTI. Saya nak lihat bagaimana mereka boleh melepasi halangan kali ini," kata Rana Sanaullah semalam.

PTI merancang mengadakan perhimpunan di Islamabad untuk terus menekan kerajaan supaya mengumumkan pilihan raya awal.

Perhimpunan pada 25 Mei lalu dicemari pertempuran antara penyokong Imran dan polis di beberapa bandar termasuk Lahore dan Karachi.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*