?>

Pakistan tandatangani perjanjian import 100mw elektrik dari Iran

Pakistan tandatangani perjanjian import 100mw elektrik dari Iran

NEW DELHI: Pakistan, yang menghadapi peningkatan masalah bekalan tenaga elektrik yang sering terputus, menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat Iran untuk mengimport 100 megawatt tenaga elektrik untuk wilayah Balochistan.

Perjanjian itu ditandatangani pada Selasa antara Syarikat Penjanaan Kuasa, Pengedaran dan Penghantaran Iran, yang dikenali sebagai Tavanir, dan Syarikat Transmisi dan Penghantaran Kebangsaan Pakistan (NTDC), ciap Kementerian Tenaga Pakistan di Twitter.

Ia akan dilaksanakan "secepat mungkin untuk memberikan bantuan segera kepada penduduk Balochistan," menurut kementerian itu.

Perjanjian itu ditandatangani semasa lawatan Menteri Tenaga Pakistan Khurram Dastgir Khan ke Iran.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*