?>
Seorang warga Amerika terbunuh;

Pangkalan Ain al-Assad Iraq dibedil 10 peluru berpandu

Pangkalan Ain al-Assad Iraq dibedil 10 peluru berpandu

Sekurang-kurangnya 10 roket dibedil ke atas pengkalan Ain al-Assad di Iraq, yang menempatkan pasukan AS hari ini, 4 Mac 2024.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ketua Kakitangan Sekutu Iraq mengumumkan 10 peluru berpandu Grad dibedil ke atas pangkalan udara Ain al-Assad pagi ini.

"Peluru berpandu menghantam kawasan di sekitar pangkalan," kata Brigadier Jeneral Tahseen al-Khafaji, jurucakap Ketua Kakitangan Sekutu Iraq.

Sementara itu, Sheikh Qatari al-Obaidi, jurucakap puak Sunni, mengatakan peluru berpandu itu dilepaskan dari kawasan al-Baydar di pinggir al-Baghdadi ke pangkalan Ain al-Assad.

Agensi Berita Saberin Iraq juga menyatakan empat peluru berpandu 107 mm menghujani pangkalan dalam serangan itu.

Media menambah, "Setelah serangan peluru berpandu ke atas Ain al-Assad, Amerika menutup bahagian penempatan mereka dalam pangkalan ini. Orang Amerika yang cedera diangkat keluar dari pangkalan dengan helikopter Sepanyol. Api juga marak di bahagian barat daya pangkalan.”

TV Al-Mayadin melaporkan: Serangan peluru berpandu ke pangkalan Ain al-Assad dari kawasan pertanian Al-Bayader berhampiran pangkalan itu dilakukan menggunakan trak pikap.

Warga Amerika yang ditempatkan di Ain al-Assad belum memberikan ulasan.

Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut; Tetapi kumpulan moqawama mengumumkan beberapa hari lalu bahawa mereka akan membalas dendam terhadap pasukan AS kerana menyerang kedudukan al-Hashd al-Shabi di sempadan Iraq-Syria.

Walaupun sudah setahun lamanya parlimen Iraq meluluskan resolusi yang menyeru penarikan pasukan penjajah Amerika dari Iraq, namun tiada tindakan susulan.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*