?>

PBB gesa pembebasan segera rakyat Bahrain yang dijatuhkan hukuman mati,

PBB gesa pembebasan segera rakyat Bahrain yang dijatuhkan hukuman mati,

PBB menggesa pembebasan segera "Mohammed Ramadan dan Hussein Musa" yang dijatuhi hukuman mati oleh kerajaan Bahrain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - PBB dalam satu kenyataannya Khamis lalu menggesa kerajaan Bahrain membebaskan Ramadan dan Musa yang berisiko dihukum mati setelah Mahkamah Tertinggi Khalifa menjatuhkan keputusan mereka berdasarkan hasil pengakuan setelah diseksa.

Seruan Kumpulan Kerja PBB ini ditujukan khas mengenai tahanan politik agar tahanan Bahrain yang dijatuhkan hukuman mati, Muhammad Ramadan dan Hussain Musa segera dibebaskan dan memberikan mereka pampasan sesuai dengan undang-undang.

Gesaan ini muncul dalam laporan yang diterbitkan oleh pasukan PBB ini pada hari Khamis lalu, di mana ia mengatakan, "Dengan mempertimbangkan semua keadaan kes, khususnya risiko Ramadan dan Musa terdedah penyeksaan fizikal dan psikologi, maka penyelesaian yang baik adalah dengan membebaskan kedua-dua lelaki itu dengan segera dan memberi mereka pampasan yang sesuai… selaras dengan undang-undang antarabangsa.”

Ramadan dan Musa berisiko dihukum mati setelah Mahkamah Tertinggi Al Khalifa menjatuhkan keputusan yang berdasarkan pengakuan yang diekstraksi. Menurut Amnesty International dan Institut Hak dan Demokrasi Bahrain (BIRD), mereka disahkan telah dikenakan hukuman, penyeksaan, serangan seksual, pemukulan, kekurangan tidur dan berbagai pelanggaran lain.

Pasukan lima pakar dari PBB mengatakan bahawa mereka menganggap Ramadan dan Musa ditahan atas alasan diskriminasi akibat memberikan pandangan politik dan penyertaan mereka dalam demonstrasi pro-demokrasi. Pakar menyatakan bahawa kes ini adalah salah satu daripada beberapa kes yang dihadapkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan dikategorikan sebagai pelanggaran kebebasan di Bahrain.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*