?>

Pegawai India julung kali melawat Kabul selepas AS berundur

Pegawai India julung kali melawat Kabul selepas AS berundur

Sepasukan pegawai Kementerian Luar India dihantar ke Kabul, Afghanistan untuk berbincang dengan anggota kanan Taliban, kata kementerian itu hari ini, sempena mesyuarat pertama seumpama itu sejak pengunduran Amerika Syarikat (AS), tahun lalu.

Kemiskinan dan kelaparan melanda negara dirundung perselisihan itu sejak militan Islam berkuasa selepas AS berundur, tahun lalu.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, pasukan India akan bertemu anggota kanan Taliban dan mengadakan perbincangan mengenai bantuan kemanusiaan India kepada rakyat Afghanistan.

Katanya, pegawai berkenaan akan mengawasi penyampaian bantuan kemanusiaan dan melawat kawasan disasarkan program atau projek disokong India.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*