?>

Peluru Di Dalam Otak Syeikh Zakzaky

Peluru Di Dalam Otak Syeikh Zakzaky

Pemimpin Gerakan Islam Nigeria, Syeikh Zakzaky pada 23 Julai lepas telah didiagnosis dengan beberapa peluru di otaknya selain 7 komplikasi lain yang beliau hadapi sejak Disember, 2015.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Gerakan Islam Nigeria, Syeikh Zakzaky pada 23 Julai lepas telah didiagnosis dengan beberapa peluru di otaknya selain 7 komplikasi lain yang beliau hadapi sejak Disember, 2015.

Pemimpin tersebut kini dilaporkan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak kerana beliau tidak lagi mampu berjalan seperti biasa. Selain daripada itu, sejumlah kuantiti kadmium dan plumbum yang tinggi juga ditemui ditemui dalam tubuhnya baru-baru ini oleh seorang pakar akibat diracun.

Di dalam perkembangan lain, Mahkamah Tinggi Negeri Kaduna yang sebelum ini telah menunda sidang yang menuntut rawatan segera bagi Syeikh Zazaky di India hingga 29 Julai 2019 sekali lagi menunda sidang tersebut hingga ke 5 Ogos 2019 akan datang.

Perkara itu dilakukan di sebalik keadaan perubatan Syeikh Zakzaky yang semakin memerlukan perhatian khusus. 


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*