?>

Pembangkang menentang undang-undang Israel diteruskan di Tebing Barat

Pembangkang menentang undang-undang Israel diteruskan di Tebing Barat

Kerajaan Israel semalam tewas di tangan pembangkang yang mengundi untuk menolak kesinambungan pelaksanaan undang-undang rejim Zionis di penempatan di Tebing Barat, sekali gus memberi cabaran kepada gabungan pemerintah.

Berkuat kuasa sejak penjajahan rejim Zionis pada 1967, undang-undang itu memberi hak sama seperti rakyat Israel kepada penduduknya yang tinggal di Tebing Barat, dan ia disahkan Parlimen setiap lima tahun.

Namun, dua anggota gabungan besar itu membabitkan parti Arab Raam dan parti berhaluan kiri Meretz, mengundi tidak menyokong pada bacaan pertama rang undang-undang berkenaan.

Buat masa ini, tumpuan hasil tindakan mereka itu tidak menjurus kepada persoalan mengenai penerusan undang-undang Israel di Tebing Barat, sebaliknya lebih kepada isu kestabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Naftali Bennett.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*