?>

Pengawal keselamatan dibunuh di Kedutaan Qatar di Paris

Pengawal keselamatan dibunuh di Kedutaan Qatar di Paris

PARIS: Seorang pengawal keselamatan terbunuh awal pagi ini di dalam Kedutaan Qatar di Paris dalam kejadian yang nampaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keganasan, kata sumber yang rapat dengan siasatan itu.

Insiden itu berlaku kira-kira 6:30 pagi (waktu tempatan), kata sumber itu sambil menambah bahawa suspek telah memasuki kedutaan dan bertengkar dengan pengawal keselamatan, yang meninggal dunia selepas ditumbuk.

Pejabat pendakwa raya Paris mengesahkan kematian itu dan berkata, seorang telah ditangkap di tempat kejadian.

"Saya boleh mengesahkan bahawa siasatan telah dibuka hari ini mengenai tuduhan pembunuhan," kata pejabat pendakwa raya. - REUTERS

342/

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*