?>

Pentadbiran Biden singkir Houthi Yaman dari senarai pengganas

Pentadbiran Biden singkir Houthi Yaman dari senarai pengganas

Joe Biden mengorak langkah bertentangan dengan dasar AS mengenai Yaman, demi meningkatkan diplomasi untuk mengakhiri perang saudara negara itu. Setiausaha Negara AS Antony Blinken mengatakan tiga pemimpin pergerakan itu masih tetap dikenakan sekatan AS

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Negara AS Antony Blinken pada hari Jumaat mengatakan bahawa dia akan mencabut label pengganas pada gerakan Houthi Yaman dari 16 Februari, malah turut memberi amaran bahawa anggota kumpulan itu akan dikenakan tindakan dengan lebih banyak sekatan.

Presiden AS Joe Biden bertindak membelakangi dasar AS demikian atas tujuan meredakan krisis kemanusiaan terburuk di dunia dan memperhebat diplomasi untuk mengakhiri perang saudara Yaman yang mengerikan.

"Keputusan ini adalah pengakuan terhadap situasi kemanusiaan yang mengerikan di Yaman," kata Blinken dalam satu kenyataannya.

Blinken, bagaimanapun, mengistiharkan had untuk toleransi AS terhadap pergerakan Houthi. Dia mengatakan tiga pemimpinnya - Abdul Malik al-Houthi, Abd al-Khaliq Badr al-Houthi dan Abdullah Yahya al-Hakim – masih tetap dikenakan sekatan AS, "Yang berkaitan dengan tindakan yang mengancam keamanan, keselamatan atau kestabilan Yaman".

Dia juga memberi amaran bahawa Washington sedang memantau kegiatan gerakan itu dan mengenal pasti sasaran baru yang akan dikenakan sekatan, terutama pihak yang bertanggung jawab atas serangan terhadap pelayaran komersial di Laut Merah dan serangan drone dan peluru berpandu ke Arab Saudi.

"Kami akan terus mengawasi kegiatan Ansar Allah dan para pemimpinnya dan secara aktif mengenal pasti sasaran tambahan untuk penunjukan," kata Blinken, menggunakan istilah yang dikenali sebagai gerakan Houthi.

"Amerika Syarikat tetap berpandangan jelas tentang tindakan jahat Ansar Allah," kata Blinken. "Tindakan dan ketidakpedulian Ansar Allah memanjangkan konflik ini dan menanggung kos kemanusiaan yang serius."

Sebagai sebahagian daripada penyimpangan dasarnya di Yaman, Biden minggu lalu mengumumkan penghentian sokongan AS untuk operasi ofensif oleh gabungan yang dipimpin Saudi.

Dia juga menamakan diplomat AS veteran Timothy Lenderking sebagai utusan khas untuk Yaman dengan tujuan AS meningkatkan usaha diplomatik pimpinan PBB untuk merundingkan pengakhiran perang.

Lenderking pada hari Khamis bertemu dengan presiden Yaman dalam buangan dan menteri luar negerinya di Riyadh.

--------------------------

177


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*