?>

Pernyataan Majma’ Jahani Ahlul Bayt (a.s) terhadap Pendakwaraya Mahkamah Azerbaijan

Pernyataan Majma’ Jahani Ahlul Bayt (a.s) terhadap Pendakwaraya Mahkamah Azerbaijan

Majma’ Jahani Ahlul Bayt (a.s) mengeluarkan pernyataan berikut sebagai tindak balas terhadap tindakan aneh Pejabat Pendakwaraya Mahkamah Republik Azerbaijan:

Majma’ Jahani Ahlul Bayt (a.s) mengeluarkan pernyataan berikut sebagai tindak balas terhadap tindakan aneh Pejabat Pendakwaraya Mahkamah Republik Azerbaijan:

 

Dengan nama Tuhan

 

Berita mengenai hukuman penjara 18 tahun bagi Tuan Haji Ilham Aliyev, pemimpin Parti Islam Republik Azerbaijan, oleh pejabat pendakwaraya negara ini, mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia - terutama Syiah dan pengikut dari Ahlul Bait (a.s).

Rayuan hukuman penjara yang panjang untuk ulama terkemuka, yang selalu berusaha untuk mempromosikan ugama Islam dan mempunyai watak baik di kalangan orang Azerbaijan dari segi ketakwaan dan kesusilaan, sama sekali tidak dapat diterima dan bertentangan dengan undang-undang hak asasi manusia.

Majma’ Jahani Ahlul Bayt (a.s) selaras dengan kewajipannya untuk melindungi hak-hak Syiah sedunia, sambil mengingatkan kapasiti agama, umat Islam dan pengikut ajaran Ahlul Bayt (a.s) Azerbaijan dalam kecemerlangan dan pengembangan tamadun serta usaha berbekal semangat Imam Husain (a.s) di kalangan para ulama dan Syiah negara ini di barisan hadapan perang Nagorno-Karabakh baru-baru ini mengharapkan pemerintahan Republik Azerbaijan - dengan penduduk Syiahnya yang majoroti - akan mengampuni dan membebaskan Haji Ilham Aliyev dengan berdiri teguh menentang kejahatan musuh-musuh Islam yang cuba memecah belah dan merintis jalan agar umat Islam meringkuk dalam penjara.

Diharapkan organisasi antarabangsa, hak asasi manusia, Kesatuan Eropah, dan terutama negara-negara Islam, lebih peka terhadap isu-isu tersebut dan akan mengambil tindakan tepat pada masanya untuk melindungi hak-hak umat Islam.

Majma’ Jahani Ahlul Bayt (a.s)

1 Ramadan 1442

------------------

177


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*