?>

Pernyataan Majma' Jahani Ahlul Bait (AS) sempena peristiwa pemusnahan permakaman Baqi'

Pernyataan Majma' Jahani Ahlul Bait (AS) sempena peristiwa pemusnahan permakaman Baqi'

Kita percaya, bahawa penghujung kenistaan berat di lorong kejahilan, jenayah keji dan tindakan tidak berperi kemanusiaan ini bakal menjadi kenyataan yang bersinar. Lebih dari sebelumnya ajaran al-Qur'an dan Ahlul Bait (a.s) yang bercahaya dan memberi pedoman cukup dekat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Majma' Jahani Ahlul Bait (AS) mengeluarkan pernyataan rasminya sempena peristiwa 8 Syawwal, ulangtahun pemusnahan permakaman para Imam Ahlul Bait (a.s) di Baqi' oleh gerombolan penganut ajaran Wahhabi.

Pernyataan ini menjelaskan, Majma' Jahani Ahlul Bait (AS) mengucapkan takziah atas peristiwa pemusnahan permakaman Baqi' yang menjadi sumber cahaya Allah, pemimpin para maksumin yang suci (a.s) kepada seluruh pencinta dan pengikut al-Qur'an serta itrah, demikian juga Majma' sekali lagi mengecam jenayah terkini di Afghanistan, Yaman dan terutama kejahatan yang tidak terhitung jumlahnya dari rejim penjajah al-Quds, serta para penyokong tidak bermaruah mereka. Majma' mengajak semua orang mengukuhkan pendirian, berwawasan, bersemangat keagamaan dan menentang pemikiran yang gelap dan sesat.

Teks penuh pernyataan Majma' Jahani Ahlul Bait (AS) adalah seperti berikut:



Dengan nama Allah, Yang mematahkan golongan angkuh dan membinasakan orang yang zalim.

Pemusnahan permakaman para Imam yang suci (a.s) di Baqi' mengingatkan kita kepada salah satu tindakan paling jahil yang dilakukan oleh puak Wahhabi, yang jauh dari kewarasan akal dan diri bermaruah, pada 8 Syawal 1344 Hijrah, manakala tempat suci agung yang penuh keberkatan para Imam di Jannatul Baqi' telah dibinasakan dan diubah menjadi padang jarak padang terkukur.

Kejahilan dan kedunguan adalah penyakit yang paling besar yang mana cahaya Islam cuba menyingkirkannya Adalah sangat mengejutkan bahawa sepanjang sejarah, puak aliran yang angkuh tersebut menentang cahaya terang ini dan mengharamkan golongan lain.

Sekiranya hari ini tangan sesat puak Wahhabi, Takfiri dan ISIS berlumuran dengan darah murni orang Afghanistan yang tertindas, yang tidak dapat mempertahankan diri, mereka itu gugur terkorban tatkala sedang rancak menulis latihan di madrasah Sayyidul Shuhada. Jika sesiapapun daripada kalangan masyarakat literalis yang lalai bagi meneruskan jalan salafnya dalam melakukan jenayah perang ke atas rakyat tidak bersalah di Yaman, mencemari tempat suci di Syria dan Iraq, menyerang, memusnahkan dan meledakkan masjid, perkuburan, dan ribuan lagi penodaan ke atas agama-agama Ibrahimi di seluruh dunia, maka semua orang hendaklah mengkaji kedegilan mereka itu untuk terus bertahan dalam kejahilan.

Di sinilah akal budi kemanusiaan berhak bertanya kepada para pendakwa yang mengaku beragama Islam dan khadam palsu haramain ini, kenapa hari ini selaku berperibadi Muslim, mereka itu menutup mata tatkala rejim Zionis pembunuh kanak-kanak, penjajah Masjidil Aqsa dan Semenanjung Gaza? Dengan menutup mulut terhadap jenayah ini, apakah mereka berjaya menutup jenayah lampau? Tidakkah dalam teks al-Qur'an, al-Aqsa disebut setara dengan Masjidil Haram? (al-Isra' ayat 1)

Majma' Jahani Ahlul Bait (AS) mengucapkan takziah atas peristiwa pemusnahan permakaman Baqi' yang menjadi sumber cahaya Allah, pemimpin para maksumin yang suci (a.s) kepada seluruh pencinta dan pengikut al-Qur'an serta itrah, demikian juga Majma' sekali lagi mengecam jenayah terkini di Afghanistan, Yaman dan terutama kejahatan yang tidak terhitung jumlahnya dari rejim penjajah al-Quds, serta para penyokong tidak bermaruah mereka. Majma' mengajak semua orang mengukuhkan pendirian, berwawasan, bersemangat keagamaan dan menentang pemikiran yang gelap dan sesat.

Kita percaya, bahawa penghujung kenistaan berat di lorong kejahilan, jenayah keji dan tindakan tidak berperi kemanusiaan ini bakal menjadi kenyataan yang bersinar. Lebih dari sebelumnya ajaran al-Qur'an dan Ahlul Bait (a.s) yang bercahaya dan memberi pedoman cukup dekat.

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, walaupun dibenci orang kafir (Surah Saf ayat 8).

Majma' Jahani Ahlul Bait (AS)
Syawwal 1442 H/Ordibehest 1400 S/2021 M


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*