?>

Perutusan Haji Pemimpin Revolusi Islam

Perutusan Haji Pemimpin Revolusi Islam

Dalam perutusan Haji 2021, Pemimpin Revolusi Islam menekankan bahawa sejak 150 tahun kebelakangan ini, negara-negara Muslim kebanyakannya mengalami kerakusan, campur tangan dan kejahatan negara-negara barat yang agresif. Ayatullah Sayyid Ali Khamenei juga menekankan bahawa negara Islam harus menebus masa lalu dan "menentang" serangan tersebut. Berikut ini adalah teks lengkap perutusan Khamenei mengenai upacara haji 2021.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Dalam perutusan Haji 2021, Pemimpin Revolusi Islam menekankan bahawa sejak 150 tahun kebelakangan ini, negara-negara Muslim kebanyakannya mengalami kerakusan, campur tangan dan kejahatan negara-negara barat yang agresif. Ayatullah Sayyid Ali Khamenei juga menekankan bahawa negara Islam harus menebus masa lalu dan "menentang" serangan tersebut. Berikut ini adalah teks lengkap perutusan Khamenei mengenai upacara haji 2021.

 

Dengan Nama Tuhan, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Tuhan, Tuhan semesta alam, dan selawat dan salam ke atas Muhammad, Ahlul Bait yang suci, para sahabat terpilih dan orang-orang yang mengikuti mereka sehingga hari kiamat

Saudara dan saudari Muslim yang terhormat di seluruh dunia,

Pada tahun ini juga, umat Islam dilucutkan dari menikmati ibadah Haji yang besar, sementara kalbu yang bersemangat, dengan menghela nafas dan kekesalan, kehilangan pertamuan di rumah terhormat yang telah dibina oleh Tuhan, yang Maha Bijaksana dan Penyayang untuk manusia.

Ini adalah tahun kedua musim kegembiraan dan kemakmuran rohani Haji menjadi musim perpisahan dan penyesalan. Bencana wabak, dan mungkin juga musibah politik pemerintahan teradap Tanah Haram yang suci telah melucutkan pandangan orang-orang yang beriman untuk melihat simbol perpaduan, kehebatan dan kerohanian umat Islam.

Ujian ini seperti mana percubaan lain dalam sejarah Umat Islam, yang dapat membawa masa depan yang cerah; Adalah mustahak bahawa Haji, dalam bentuk yang sebenarnya, bertahan di hati dan jiwa umat Islam, dan sekarang bahawa badan ritualnya tidak hadir sementara, pesanannya yang luhur tidak akan berkurang.

Haji adalah ibadah yang penuh rahsia. Pembinaan dan gabungan pergerakan, keheningan yang indah di dalamnya adalah pembentuk identiti individu Muslim dan masyarakat Islam, paparan keindahannya di mata dunia. Di satu sisi, ia menaikkan hati para hamba secara rohani dan mendekatkan mereka kepada Tuhan melalui zikir, kerendahan hati dan doa, dan di sisi lain, menyatukan saudara-saudara yang datang dari seluruh dunia dengan penutup dan gerakan yang sama dan gerakan yang terkoordinasi. Di sisi lain, ia meletakkan simbol tertinggi umat Islam di depan mata dunia dengan semua ritualnya yang penuh makna, rahsia misteri dan menunjukkan tekad serta kehebatan Ummah kepada orang yang tidak bernasib baik.

Tahun ini, Haji Rumah Suci tidak tersedia, tetapi perhatian kepada Tuan Rumah, zikir, kerendahan hati, doa dan syafaat masih ada; Kehadiran di Arafah tidak boleh dilakukan, tetapi doa dan munajat berdasarkan makrifat dapat dilakukan pada hari Arafah; Tidak mungkin dapat melontar syaitan di Mina, tetapi tidak mustahil menghalau syaitan yang mencari kuasa di mana-mana; Kehadiran tubuh badan yang bersatu di sekitar Ka'bah tidak tersedia, tetapi kehadiran hati yang bersatu di sekitar ayat-ayat suci Al-Quran yang jelas dan berpegang dengan tali Tuhan adalah tugas tetap.

Kami, pengikut Islam, hari ini mempunyai penduduk yang ramai, tanah yang luas, sumber semula jadi yang tidak terhitung jumlahnya, dan kita mempunyai bangsa yang hidup dan terjaga, kita mesti dengan sumber daya dan keupayaan kita, mari lah kita memikirkan masa depan.

Dalam 150 tahun terakhir, negara-negara Muslim tidak mempunyai kuasa dalam menentukan nasib negara dan pemerintah mereka, kecuali dalam beberapa hal tertentu. Mereka telah diperintah sepenuhnya oleh dasar-dasar pemerintah Barat yang penceroboh dan telah mengalami kerakusan, campur tangan serta kejahatan.Kemunduran ilmu dan fahaman politik banyak negara pada masa kini adalah hasil dari sifat pasif dan kekurangannya.Bangsa-bangsa kita, pemuda kita, saintis kita, cendekiawan agama kita, intelektual sivik, ahli politik kita, parti dan masyarakat kita, harus menebus masa lalu yang memalukan ini; umat mesti berdiri dan "menentang" paksaan, campur tangan dan kejahatan kuasa Barat.

Seluruh kata-kata Republik Islam Iran yang telah mengkhawatirkan dan membuat marah kuasa angkuh dunia ialah seruan penentangan ini: penentangan terhadap campur tangan dan kejahatan Amerika Syarikat dan kekuatan penyerang lain, serta mengambil alih masa depan dunia Islam berdasarkan Ajaran Islam.

Secara semula jadi, Amerika Syarikat dan sekutunya peka dengan tajuk "perlawanan" dan membuat perseteruan dengan "Barisan Perlawanan Islam." Beberapa negara serantau yang bersekongkol dengan dengan mereka juga merupakan kenyataan pahit untuk kelanjutan kejahatan tersebut.

Jalan lurus yang dilakukan oleh ibadah Haji - usaha, Tawaf, Arafah, jamrah - syiar, kemuliaan dan kesatuan haji menunjukkan kepada kita, kepercayaan kepada Tuhan dan perhatian kepada kuasa Tuhan yang kekal, kepercayaan pada jiwa umat, kepercayaan dalam usaha dan perjuangan, tekad yang kuat untuk bergerak, dan harapan yang besar untuk kemenangan.

Realiti lapangan di wilayah Islam menambah harapan ini dan menguatkan tekad itu. Sebaliknya, musibah dunia Islam, kemunduran ilmiah dan gabungan politik, kerusuhan ekonomi serta sosial, menempatkan tugas besar kita di hadapan dan perjuangan yang tidak kenal lelah; Palestin yang dijajah meminta pertolongan kita; Yaman yang tertindas dan berdarah menyakitkan hati; Nasib Afghanistan membimbangkan semua orang; Kejadian tragik di Iraq, Syria, Lubnan, dan beberapa negara Islam lain di mana tangan jahat dan campur tangan Amerika Syarikat dan sekutunya terbukti, mendorong semangat dan ketekunan para pemuda, dan di sisi lain, kebangkitan elemen penentangan di semua wilayah sensitif ini, dan Kebangkitan bangsa-bangsa, motivasi generasi muda dan bersemangat, memenuhi hati dengan harapan;

Usaha propaganda Amerika untuk memutarbelitkan tekad dan tindakan para pemuda yang bersemangat dan anasir "perlawanan" di Iraq, Syria, Lebanon dan negara-negara lain, dan mengaitkannya dengan Iran atau pihak berkuasa lain, menghina mereka yang berani dan terjaga, berpunca daripada orang Amerika yang mempunyai pemahaman kurang yang baik tentang negara-negara di rantau ini.

Kesalahpahaman ini membawa kepada penghinaan Amerika Syarikat di Afghanistan, dan kemudian kedatangan gegak gempita dua puluh tahun yang silam, penggunaan senjata, bom, dan tembakan rambang terhadap orang-orang yang tidak berdaya dan orang awam, mendapati diri mereka berada dalam kubang. Pasukannya dan peralatan ketenteraan dibawa keluar. Sudah tentu, bangsa Afghanistan yang bangkit mesti berwaspada dan berhati-hati terhadap alat perisik AS dan senjata lunak di negaranya.

Negara-negara di rantau ini telah menunjukkan bahawa mereka terjaga dan waspada. Pendekatan mereka berbeza dengan beberapa pemerintah yang, memastikan Amerika Syarikat berpuas hati, bahkan menjual diri bagi mematuhi tuntutannya mengenai isu penting Palestin; Pemerintah yang secara terbuka dan diam-diam bermesra dengan rejim Zionis menolak hak rakyat Palestin untuk tanah air bersejarahnya.Ini adalah merosakkan modal negara Palestin. Mereka tidak berhenti merampas sumber semula jadi negara mereka sendiri dan sekarang mereka merampas modal rakyat Palestin.

Saudara dan saudari!

Wilayah kita, peristiwa yang cepat dan bervariasi adalah tatapan pelajaran dan teladan; Di satu pihak, kekuatan yang dihasilkan daripada perjuangan dan penentangan terhadap penyerang, dan di sisi lain, penghinaan akibat penyerahan, jelmaan kelemahan dan toleransi terhadap pemaksaannya. Janji Tuhan yang benar adalah kemenangan Mujahidin di jalan Tuhan: اِن تَنصُرُوا اللَّهَ یَنصُرکُم وَ یُثَبِّت اَقدامَکُم

Kesan pertama dari perjuangan ini adalah mencegah Amerika Syarikat dan para penindas antarabangsa lain daripada campur tangan dan melakukan kejahatan di negara-negara Islam, insya Allah.

Saya memohon kepada Tuhan Yang Maha Esa agar mengurnia kemenangan kepada negara-negara Islam dan saya mengirim salam kepada Hazrat Baqiyatullah (a.s), saya meminta Tuhan untuk memuliakan Imam Khomeini yang hebat dan para syuhada yang agung.

والسّلام علی عباد اللّه الصّالحین

Sayyid Ali Khamenei

6 Zulhijjah 1442


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*