?>

Perutusan takziah Setiausaha Agung Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) atas pemergian pemikir besar Syiah Indonesia

Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait (a.s) memasyhurkan perutusan takziah atas permergian Professor Jalaludin Rakhmat yang dianggap berjasa dalam perkembangan kebudayaan Ahlul Bait (a.s) di Asia Tenggara

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berikutan kematian Dr. Jalaluddin Rakhmat, Ketua Dewan Syura IJABI, mantan DPR-RI dan anggota terkemuka Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s), Ayatollah Reza Ramezani telah memasyhurkan perutusan takziah.

Terjemahan teks perutusan takziah Setiausaha Agung Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) adalah seperti berikut:

Dengan nama Tuhan

Kematian pemikir besar dan pendakwah ajaran Islam yang gigih, Profesor Jalaluddin Rakhmat, Ketua Dewan Syura IJABI, telah mencetuskan kesedihan dan kesan yang besar.

Allahyarham memiliki semangat mencari tahu, mempromosikan ajaran al-Quran dan Ahlul Bait (a.s) di kalangan umat Islam melalui penubuhan berbagai institusi, penulisan dan penerbitan banyak karya ilmiah serta budaya, termasuk sekitar empat puluh karya yang ditulis olehnya yang menyampaikan juga mempromosikan Maaref Quran serta Ahlul Bait (a.s) di kalangan umat Islam dan negara-negara sekitarnya.

Almarhum Profesor Jalaluddin Rahmat adalah salah seorang yang mengagumi Imam Khomeini dan Revolusi Islam, yang merintis jalan bimbingan hati yang begitu asyik terhadap pemikiran Imam, Pemimpin Tertinggi Revolusi dan orang-orang hebat seperti Profesor Shahid Motahari.

Cendekiawan ini juga merupakan anggota terkemuka Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s), yang secara bijaksana mempertimbangkan idea taqrib dan kegiatannya mempengaruhi seluruh wilayah Asia Tenggara.

Bagi pihak saya dan seluruh anggota Majma’ ini, mengucapkan takziah atas pemergian individu gigih kepada Imam Zaman (arwāhuna fidā), juga kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi, cendekiawan Muslim, pengikut Ahlul Bait (a.s), komuniti hawzah, universiti Indonesia termasuk para pelajar, peminat serta kerabat beliau, terutama anaknya, Dr Miftah Rakhmat.

Saya memohon kepada Allah, untuk jiwa suci Professor yang dikasihi itu – termasuklah isterinya yang terhormat, Euis Kartini, yang juga turut meninggal dunia, agar meninggikan darjat serta menghimpunkan mereka bersama Nabi (s.a.w) dan Fatimah Az-Zahra (a.s). Saya berdoa agar seluruh waris beliau dikurniakan kesabaran.

Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepadaNya jua kita akan kembali

 

Reza Ramezani

Setiausaha Agung Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s)

15 Februari 2021

Dr. Jalaluddin Rahmat, Presiden Ikatan Jemaah Ahlul Bait Indonesia (IJABI) dan mantan Anggota Dewan Perwakilan Rakyat negara Indonesia telah meninggalkan dunia yang fana ini pada 15 Februari 2021, pada usia 71 tahun, kerana diserang penyakit korona.


Empat hari sebelum itu, isteri beliau Euis Kartini terlebih dahulu meninggal dunia akibat virus tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini