?>
Nigeria;

Polis gempur demo, seorang terbunuh

Seorang pengikut mazhab Syiah terbunuh manakala beberapa orang yang lain cedera setelah pihak polis melepaskan tembakan dalam usaha meleraikan demonstrasi aman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) – Seorang terbunuh manakala beberapa orang yang lain cedera setelah pasukan polis Nigeria menggempur tunjuk perasaan aman yang dianjurkan masyarakat Syiah, di hadapan bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB di Abuja.

Demonstrasi aman telah dianjurkan oleh para pengikut mazhab Syiah kelmarin, bertepatan 15 Syaban, sambil menuntut pembebasan Sheikh Zakzaki dan isterinya.

Namun tidak semena-mena, pihak polis telah meleraikan tunjuk perasaan dengan melepaskan tembakan dan melontar gas pemedih mata.

Seorang penunjuk perasaan bernama Mohsen Ja’far dilaporkan terbunuh manakala beberapa yang lain cedera.

 


................


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*