?>

Rakyat 9 negara prihatin demo solidariti bersama Yaman

Rakyat 9 negara prihatin demo solidariti bersama Yaman

Rakyat berbagai negara mengambil bahagian dengan berbagai cara untuk menyatakan suara solidariti bersama Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Lebih dari 9 negara mengambil bahagian dalam "Hari Soladiriti Antarabangsa untuk Yaman" dengan mengadakan demonstrasi untuk menyokong rakyat ini yang menderita kematian, kebuluran dan menghidapi penyakit. Demonstrasi di Sanaa menganggap bahawa "Gabungan pencerobohan Amerika adalah pakatan pengganas."

 

Satu pernyataan yang dikeluarkan dalam demonstrasi di Sana'a hari Isnin, menganggap bahawa tindakan Amerika melabel Ansarullah sebagai "kumpulan pengganas" akibat kemuncak tindakan agresif Amerika terhadap Yaman, dan manifestasi "Kegagalan fatal dalam menghadapi ketabahan rakyat kita."

 

Kenyataan itu menambah, "Terorisme yang sebenarnya adalah apa yang dilakukan Amerika dari segi sokongan ketenteraan, logistik dan politik untuk gabungan pencerobohan, sekatan ekonomi yang tidak adil, penutupan lapangan terbang, dan sekatan untuk orang sakit, cedera dan terkandas… Gabungan pencerobohan Amerika di Yaman hakikatnya secara sistemetik dan terrorisme apabila Al Qaeda dan ISIS berperang di barisan kem negara-negara pencerobohan dengan bendera dan slogan mereka."

 

Kenyataan itu menegaskan, “Strategi Amerika tidak akan menghalang rakyat kita untuk meneruskan pertempuran di peringkat kebangsaan dan tugas mereka untuk mengalahkan pencerobohan," tegas beliau lagi "Zaman cengkaman penjajah asing ke atas Yaman telah berakhir. Negara-negara penceroboh sepatutnya berputus asa bahawa, melalui pencerobohan, pengepungan, tekanan politik dan ekonomi menyebabkan mereka akan memutar roda masa ke belakang."

 

Rakyat Yaman berkumpul dalam demonstrasi pagi di beberapa dataran, di mana gabenor Saada menyaksikan perarakan di tiga dataran utama, iaitu kota Saada, ibu kota gabenor, Dataran Khawlan di daerah Haydan di barat daya gabenor, dan daerah-daerah Shada, Ghamr dan Razih di daerah Shaara di Razih yang bersempadan dengan Saudi Jizan, sebelah barat Saada, Yaman utara.

 تظاهرة في صعدة بمناسبة اليوم العاملي لأجل اليمن

Demonstrasi bertujuan membantah keputusan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) untuk mengklasifikasikan Ansarullah sebagai organisasi pengganas.

 

Hari ini, beberapa buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Sweden, Perancis, Belanda, Belgium dan Itali menyaksikan tunjuk perasaan terhadap perang pakatan Saudi.

 

Seorang anggota dewan politik gerakan "Ansarullah", Muhammad Al-Bukhaiti, mengatakan dalam wawancara dengan Al-Mayadeen bahawa tindakan Washington untuk menunjuk "Ansarullah sebagai organisasi pengganas" bertujuan untuk menggertak rakyat Yaman, sambil menambah bahawa AS berusaha untuk memberi tekanan kepada Yaman tetapi itu tidak akan berhasil.

 

Demonstrasi solodariti untuk Yaman ini mendapat perhatian dari banyak pelajar universiti di seluruh dunia, termasuk perhimpunan pelajar di University of Iowa, yang menekankan bahawa diam mengenai perang ke atas Yaman bermaksud merestuinya, sambil menekankan betapa penting menzahirkan penentangan terhadap keganasan dan ketidakadilan di peringkat global.

 

Beberapa aktivis sosial mengambil bahagian di rangkaian laman sosial di bawah hashtag "#Stop_War_On_Yemen", untuk menyokong negara yang ditindas itu dan bagi mendesak pemberhentian perang, pengepungan dan pembunuhan orang yang tidak bersalah. Seorang aktivis menulis bahawa "kemenangan akan selalu bersama rakan mereka."

في 

 

Sementara itu, aktivis lain menerbitkan gambar kanak-kanak Yaman yang menderita kelaparan dan penyakit, dan menulis "Wahai penjahat."

 

Perang Arab Saudi ke Yaman telah berlanjutan lebih dari setengah dekad yang menjadikan mangsanya adalah rakyat dengan penderitaan kelaparan, kekurangan makanan, seiring dengan tidak acuh Arab Saudi dengan peningkatan perang.

 

Selepas pelantikan Presiden Joe Biden, pentadbiran AS mengumumkan bahawa mereka akan mengkaji semula keputusan untuk menetapkan gerakan "Ansar Allah" Yaman sebagai "kumpulan pengganas."

-----------------------

177


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*