?>

Regim Al-Khalifa sekat azan Syiah

Haji Ahmad Hassan seorang warganegara Bahrain yang telah mengumandangkan azan di rumahnya selama 40 tahun dipanggil polis untuk sesi soal siasat


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) – Seorang warganegara Bahrain dikehendaki menghentikan laungan azan dalam siri terbaru penindasan dan diskriminasi regim tersebut ke atas pengikut mazhab Syiah di negara ini.

 

TV Al-Lulu melaporkan tindakan kerajaan Bahrain menghalang azan yang dikumandang oleh pengikut mazhab Syiah. Menurut laporan tv tersebut, "Haji Ahmad Hassan" adalah warganegara Bahrain yang telah melaungkan azan di rumahnya selama 40 tahun. Kementerian Dalam Negeri Bahrain kelmarin bertindak memanggil Haji Hassan dan menyoal siasatnya selama beberapa jam.

 

Beliau juga menyampaikan aduan kepada Wakaf Jafari agar memperoleh izin untuk melaungkan azan, namun tidak berhasil.

 

Sementara itu, penduduk daerah al-Malikiyah juga turun menuntut Wakaf Jafari menekan kerajaan agar Haji Hassan mengimamkan solat dari rumahnya.

 

Wakaf Jafari ditubuhkan pada tahun 1927 yang berfungsi sebagai badan bebas yang bergabung dengan Menteri Kehakiman dan Hal Ehwal Islam dalam Kerajaan Bahrain yang mengatur urusan agama.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini