?>

Russia menguasai 'kira-kira 20 peratus' Ukraine - Zelensky

Russia menguasai 'kira-kira 20 peratus' Ukraine - Zelensky

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky hari ini berkata bahawa Russia menguasai kira-kira satu perlima daripada negaranya, termasuk kawasan yang diperoleh atas pencerobohan Moscow, semenanjung Crimea dan wilayah yang dikuasai oleh pemisah yang disokong Moscow.

"Hari ini, kira-kira 20 peratus wilayah kami berada di bawah kawalan penjajah," kata pemimpin Ukraine itu semasa berucap kepada ahli Parlimen di Luxembourg.

Tentera Russia mengukuhkan pegangan mereka di wilayah timur Donbas dan terus bergerak ke arah pusat pentadbiran Ukraine di wilayah itu, Kramatorsk.

Bagaimanapun, mereka berundur dari kawasan sekitar ibu kota dan di timur laut untuk menumpukan serangan mereka terhadap kawasan perindustrian timur.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*